Jihyun's POVInilah harinya.
Hari yang menandakan sudah sebulan berlalu sejak pagi di katil Lai Kuanlin tu.
Dan aku masih terperangkap di sini. Setiap hari aku berusaha lepaskan diri, tapi dinding halimunan tu masih keras seperti besi dan hari-hari buat aku penat!
Sejak sebulan di sini, hubungan aku dan ahli Wanna One semakin positif! Kami serasi bersama dan mereka tidak segan lagi untuk minta tolong daripada aku. Mereka pun dah terbiasa tolong aku belikan barang dapur, keperluan harian dan sebagainya. Yang jelasnya, aku paling rapat dengan Daehwi dan Jinyoung.
Lai Kuanlin? Ajaibnya, sejak aku beritahu yang dialah punca aku benci Wanna One, kami lansung tak pernah bertembung. Kalau hampir bertembung pun, Kuanlin yang akan berusaha mengelak dan menjauhi aku terlebih dahulu. Dia jadi makin pendiam dan tak seceria sebelum ni.
Aku tak peduli asalkan dia tak mengganggu aku atau cuba berbaik lagi.
By the way.... The Boyz pun dah debut tiga minggu lepas.
MV debut mereka, Boy sangat gempak! Joo Haknyeon mendapat perhatian yang dia layak terima selama ni, thanks to Cre.Ker!
Sejurus sahaja MV tersebut release, aku mesej Younghoon dan ucapkan tahniah. Kami berterusan chat kerana aku betul-betul cemburukan dia dan peminat lain yang dapat ke debut showcase The Boyz.
Aku masih stream setiap hari, pagi dan petang sehinggalah sekarang.
Hari ni pula aku keseorangan di rumah kerana mereka semua akan tinggal di Zero Base untuk dua hari. Aku tak tahu Zero Base tu di mana tapi Jinyoung kata yang itu tempat mereka boleh jadi diri mereka sendiri. Kalau nak tahu kena tengok Wanna One Go : Zero Base.
Hmmm kalau aku rasa nak tengok. Feeling kebencian tu masih ada lagi dalam diri aku so kita perlahan-lahan ye 🤣
Disebabkan tiada orang, aku gunakan semua media untuk stream MV dan lagu The Boyz supaya mereka dapat menduduki carta lagu dan menang any rewards as rookie group! Nilah aktiviti utama aku bila Wanna One tiada di rumah.
Ruang tamu, bilik utama dan bilik di tingkat dua ada TV, semuanya terpasang MV The Boyz berkali-kali. Laptop yang ada semuanya aku on.
Bila aku masuk ke bilik Hwang Minhyun untuk buka laptop miliknya (of course aku dah minta kebenaran mereka by phone) mata aku terpandang suatu sudut yang penuh dengan buku.
Oh wait. Stream MV dulu.
Aku teruskan niat asal membuka TV dahulu. Setelah selesai, aku menghampiri sudut tadi di mana bukunya bersepah-sepah.
"Tak boleh jadi. Kena kemas ni."
Aku mengambil buku-buku tersebut dan mula menyusunnya di atas meja. Tak tahu di mana kedudukan asal buku-buku ni, aku decide untuk letakkannya di sini je, tapi dalam keadaan kemas.
Mata aku terpandang ke arah tajuk buku.
"Kamus bahasa Korea?"
Aku ambil buku lain pula.
"Belajar bahasa Korea? Korean-English Language? Kenapa Minhyun baca buku-buku ni?"
Aku semakin curious.
Akhirnya aku menggelengkan kepala kerana penat berfikir dan sambung mengemas.
"Fuh biarlah dia. Makin lama aku kat sini, memang makin pelik aku tengok perangai dorang tu."
◇
Jihyun's POV
"I'm the only one your boy~"

ANDA SEDANG MEMBACA
𝐇𝐎𝐌𝐄 || 𝐖𝐚𝐧𝐧𝐚 𝐎𝐧𝐞
FanfictionA girl regretting her desicion on hating Wanna One. [It's a malay fanfic bcs my English already terbabas years ago heheheheh] Highest ranking 🎉 #1 LaiKuanlin #1 JooHaknyeon #1 KimJaehwan #1 YoonJisung #1 LeeDaehwi #1 HaSungwoon #1 OngSeongwu #2 Wan...