♧ 10

347 35 2
                                    

Jihyun's POV

Tok! Tok!

"Jihyun... buka pintu..."

Aku berjalan ke arah pintu. Dalam fikiran aku sekarang, orang yang ada di belakang pintu itu adalah Lai Kuanlin.

Dan sangkaan aku tepat. Bila aku buka pintu, Kuanlin memandang tepat ke wajahku.

Hahah tipu je. Daehwi rupanya.

"Hi Jihyun~ Maaf ganggu tapi Jinyoung hyung perlukan bantuan awak di dapur."

Dapur? Tengah malam ni?

Tanpa banyak soal, aku mengikuti langkah Daehwi ke dapur. Kelihatan seorang lelaki sedang terbongkok-bongkok di dapur sambil mengelap sesuatu yang tumpah di atas lantai.

Tanpa diminta, Daehwi menceritakan situasi sebenar yang berlaku pada aku.

"Jinyoung hyung rasa nak minum hot choco, tapi dia tak nak ganggu awak jadi dia cuba buat sendiri. Buat pengetahuan awak, Chef BaeBae dikenali sebagai pemusnah di dapur. Jadi bila dia cuba rasa, pahit pula lalu dia tak sengaja tertumpahkan semuanya ke lantai. Dan tadaa~"

"Yah Lee Daehwi! Perlu ke awak cerita macam tu?" Merah padam muka Jinyoung kerana malu.

Aku sedaya upaya cuba menahan ketawa. Mesti rasanya teruk sangat sampai tumpah teruk macam ni.

Aku mengambil kain dapur yang tersangkut di apron dan mula mengelap sama.

"T-tak perlu bantu saya lap. Saya boleh buat sendiri-"

"Dalam rumah ni, ini je perkara yang saya boleh buat. Biar saya tolong awak lap."

Suasana sepi menyapa kami annyeonghaseyo. Daehwi menguap kebosanan ketika melihat aku dan Jinyoung hampir selesai membersihkan lantai.

"Huwarghhh saya nak masuk tidur dulu. Goodnight~"

"Daehwi, jangan tinggalkan saya-" Jinyoung seperti nak halang Daehwi dari pergi tapi dah terlambat.

Sekarang, cuma tinggal kami berdua ㅡGULP KAMI BERDUA JE KAT DAPUR.

OK AWKWARD. NAK BUAT APA SEKARANG NI ARGHH!

"T-terima kasih tolong saya..." kata Jinyoung perlahan.

Aku hanya mengangguk sekali dan pandang bawah. Suasana kekok masih lagi menguasai kami kerana kami berdua di malam yang sunyi ni.

Aku bersuara semula, "Err tadi Daehwi kata awak nak hot choco. Nak saya buatkan?"

"Eh tak perlu susah-susah! Saya boleh buat sendiri-"

"Lepas tu tumpah lagi sebab pahit? Hm lebih baik saya yang buat."

Jinyoung tersenyum malu sambil menggaru belakang lehernya. Aku mula buat hot choco seperti yang aku selalu buat untuk mereka sebelum tidur.

Ini memang rutin harian aku sejak tinggal di sini. Woojin suka minta hot choco sebelum tidur, jadi kenapa Jinyoung nak malu untuk minum hot choco aku sekarang?

"Em awak ada apa-apa perkembangan?" Jinyoung tiba-tiba memecahkan kesunyian. Dia duduk di meja makan tanpa buat apa-apa, mestilah dia bosan.

"Perkembangan? Maksud awak?"

"Awak kan terperangkap di sini sebab bencikan kami. Tapi sekarang kita dah rapat... jadi tiada perkembangan lagi?" Kata Jinyoung terus terang.

Walaupun Jinyoung dah menerangkannya, tapi aku masih tak faham.

Maaflah Jinyoung, tapi saya adalah antara pelajar dengan gred teruk yang tak suka belajar dan lambat sangat berfikir hehehehe...

"Jadi awak nak tahu tentang perkembangan apa ni sebenarnya? Saya masih tak faham."

𝐇𝐎𝐌𝐄 || 𝐖𝐚𝐧𝐧𝐚 𝐎𝐧𝐞  Where stories live. Discover now