♧ 22

318 31 9
                                    

Kuanlin's POV

"Dan sejak bila tangan awak jadi kaku? Awak tak boleh gerakkan tangan awak langsung? Kenapa tak beritahu saya keadaan tangan awak dah seteruk ni?"

Sejujurnya, aku agak takut melihat keadaan tangan Jihyun yang kini tidak kelihatan seperti tangan manusia, tapi macam tangan zombi!

Mesti dia berada dalam kesakitan- eh dia tak boleh rasa sakit.

Cuma kesianlah tengok keadaan tangan seorang gadis semuda Jihyun jadi kritikal macam tu akibat dibuli. Kalau tak, mesti tangannya jauh lebih cantik. Mesti tangannya takkan hilang kawalan sesuka hati macam tadi.

Jihyun tak menjawab walau satu pun soalan yang aku ajukan. Ketika itu barulah aku sedar, yang tadi aku dah tak sengaja ternaikkan suara kerana terlampau risau.

Aku menghela nafas ringan, kemudian hadiahkan satu senyuman ikhlas pada Jihyun. Tak berniat langsung pun mahu marah dia.

Sorry Jihyun...

👉🏻👈🏻

"Selalu ke tangan awak jadi macam tu... tiba-tiba kejang dan hilang kawalan?"

Jihyun mengangguk lemah. "Tapi tak perlu risau, kesannya sekejap je. Saya dah biasa. Ia akan kembali okay selepas beberapa ketika." Dengan bangga, Jihyun angkat tangan kirinya dan melambai di depan muka aku. "Haa tengok ni? Dah pulih semula~"

Jihyun turunkan semula tangannya. Dia kemudian tersenyum innocent sambil memandangku.

"Walau apa pun, keadaan tangan awak lebih teruk dari yang saya sangka."

"Lebih teruk dari yang awak sangka? Jadi awak memang dah tahu tentang kecacatan tangan saya ni, Kuanlin?"

Oh man.

Dalam hati, aku menyumpah diri sendiri kerana hampir terlepas cakap.

Segera aku putarbelitkan ayat, "S-saya pernah ternampak lengan awak sebelum ni, tapi tak seteruk sekarang. Itu je yang saya tahu."

Itu adalah satu penipuan. Ini sebenarnya kali pertama aku nampak keadaan tangan Jihyun. Selama ni, Younghoon cuma cerita pada aku yang deria rasanya di tangan kiri dah hilang dan dia tak perasan yang tangannya sedang menderita kesakitan.

"Hmmm ahli keluarga atau kawan baik awak tahu tentang tangan awak yang hilang kawalan ni?" Aku bertanyakan soalan lain yang agak penting.

"Kawan baik saya? Younghoon? Dia cuma tahu yang saya cedera dan pernah dibedah di tangan kiri ni, tapi tak pernah tahu kesan sampingannya."

"Dan family awak-"

Jihyun terus tekap mulut aku "Jangan beritahu mereka! Saya tak nak mereka tahu, termasuk Younghoon."

"Why?"

"Nanti mereka akan kawal saya 24/7. Saya dah besar tapi mereka akan kongkong dan perhatikan saya everytime macam saya ni masih bayi. Saya tak nak macam tu."

Aku mengangguk perlahan.

Cuma tangan dia ni... serius sangat lah!

Nak bawa ke hospital, Jihyun tak boleh keluar dari sini. Nak bawa doktor datang sini pula, nanti terbongkarlah pada orang luar yang ada gadis dalam rumah kami.

Seelah lama berfikir, akhirnya aku membuat keputusan muktamad.

"Awak teruskan kehidupan di sini macam biasa. Saya akan cuba dapatkan ubat sesuai untuk pastikan tangan awak tak hilang kawalan lagi. Dan mulai sekarang, jangan gunakan tangan kiri awak lagi."

"Tapi Kuanlin-"

Aku tahu dia nak membantah arahan terakhir aku, jadi aku hentikan dia dengan cium dia di bibir.

𝐇𝐎𝐌𝐄 || 𝐖𝐚𝐧𝐧𝐚 𝐎𝐧𝐞  Where stories live. Discover now