Nobody's POV
Dengan hati yang penuh debaran, disaksikan oleh ahli-ahli Wanna One yang lain, Kuanlin mengorak langkah.
Sambil mendukung Jihyun yang kesakitan, Kuanlin berlari ke arah pintu rumah.
"Hiyarghhh!!"
Kuanlin menghentikan lariannya. Jantungnya berhenti berdegup kerana terkejut dengan situasi sekarang yang langsung tidak dijangkakan.
"A-apakah...."
Selepas keluar dari rumah, barulah dia sedar yang dia dan Jihyun berjaya tembusi dinding halimunan yang selama ini menghantui Jihyun.
Dari dalam rumah, kesemua ahli Wanna One ternganga besar. Tidak sangka yang Jihyun boleh keluar seperti biasa bila Kuanlin angkatnya, tiada lagi dinding halimunan!
"Ma-macam mana Kuanlin buat?"
Daniel sebagai pemecah kesunyian berkata sambil menganga besar. Termasuklah ahli yang lain, menganga sebesar terowong kerana terlalu terkejut.
Air mata gembira Kuanlin mengalir. Dia memegang wajah Jihyun sambil tersenyum bahagia-
"Akhirnya Jihyun... A-awak berjaya keluar...."
Jihyun tersenyum lemah.
Tiada masa untuk bergembira. Jihyun masih lagi sedang kesakitan dan harus dihantar ke hospital secepat mungkin.
Walaupun perasaan terkejutnya masih bersisa, Seongwu yang mempunyai lesen memandu terus mencapai kunci keretanya untuk membantu Kuanlin menghantar Jihyun ke hospital. Seongwu memandu pantas dan tidak melanggar sebarang peraturan jalan raya.
Di tempat duduk belakang, Jihyun menyandarkan dirinya di bahu Kuanlin. Kuanlin yang kasihankan Jihyun hanya membiarkan teman wanitanya itu melakukan sedemikian. Dia dapat rasakan nafas Jihyun yang semakin perlahan kerana kepenatan menahan sakit yang teramat.
"K-Kuanlin..." panggil Jihyun perlahan.
Kuanlin segera memberi respons, risau sekiranya sesuatu tidak diingini berlaku. "Ya?"
Jihyun hulurkan sesuatu padanya, "Pakai mask ni. Identiti awak sebagai idol perlu dijaga, mana boleh keluar sesuka hati ke hospital..."
Kuanlin rasa mahu menangis. Sempat lagi Jihyun rasa risau pada dirinya sedangkan diri Jihyun sendiri dalam bahaya?
"Pakailah... Awak tahu kan saya ni fangirl berjaya yang sentiasa menjaga idol kegemaran saya?" Jihyun tersenyum lebar.
Kuanlin mengangguk. Dia pantas memakai mask yang diberi oleh Jihyun.
Dari tempat duduk hadapan, Seongwu yang memerhati juga segera memakai mask.
Lama memandu, Seongwu rasa mahu keluar dari kereta dan menolak semua kereta lain untuk ke tepi. Jalan terlampau sesak, tiada satu kereta pun yang berganjak dari tempat sejak 10 minit yang lalu.
"Ish kenapa jalan sesak sangat pula sekarang ni?!" Seongwu naik geram, mestilah kerana risaukan keadaan Jihyun.
Kuanlin di tempat duduk belakang juga sudah tidak senang duduk. Dia memegang erat tangan Jihyun yang sudah terlena di bahunya.
"Jihyun, bertahanlah..."
Tiada perubahan selama 5 minit. Jalan masih sesak tapi hospital hanya berjarak 5 bangunan lagi.
"Hyung, kita jumpa di hospital." Kata Kuanlin secara tiba-tiba.
Kuanlin membuka pintu kereta. Jeritan Seongwu dihiraukan, Kuanlin dengan berhati-hati mendukung Jihyun dan berlari ke arah hospital.
YOU ARE READING
𝐇𝐎𝐌𝐄 || 𝐖𝐚𝐧𝐧𝐚 𝐎𝐧𝐞
Fiksi PenggemarA girl regretting her desicion on hating Wanna One. [It's a malay fanfic bcs my English already terbabas years ago heheheheh] Highest ranking 🎉 #1 LaiKuanlin #1 JooHaknyeon #1 KimJaehwan #1 YoonJisung #1 LeeDaehwi #1 HaSungwoon #1 OngSeongwu #2 Wan...