♧ 27

325 35 0
                                    


Jihyun's POV

"Abang tahu caranya untuk buat tangan kiri kamu ni berfungsi semula."

"M-macam mana?"

Seungcheol tersenyum penuh misteri. Dia kemudiannya bangun dan mengambil salah satu bagasi yang dibawa bersamanya tadi. Saiz bagasinya agak besar, muat untuk seorang Younghoon masuk ke dalam tu.

Aku dan Kuanlin menunggu penuh debar sementara Seungcheol membuka kunci bagasi.

Apabila isi beg tersebut didedahkan, aku dan Kuanlin terkejut + kagum. Tak pernah lagi aku nampak benda ni in real life.

"Apa benda sebenarnya tu?" Tanyaku terus terang.

"Aish pabo. Inilah tangan robot yang abang buatkan untuk kamu."

Wow...

Perkara pertama yang aku nampak adalah sejenis keluli yang berkilat dan cantik. Saiznya betul-betul sebesar lengan kiri aku. Tak sangka pula yang Seungcheol buat lawak untuk pakaikan aku benda tu.

I'm not a robot. Why should I wear that?

"Abang akan letakkan cip dalam lengan kamu yang akan connected dengan tangan robot ni. Sarung je alat ni dan hidupkannya, tangan kiri kamu akan dapat bergerak semula macam normal. Lumpuh tapi masih boleh berfungsi dengan kuasa sains!"

Oh.

Sangat bijak!

"B-betul ke ni?" Kuanlin seakan tidak percaya dengan penerangan Seungcheol. Mungkin dia fikir abang aku ni cuma  terpengaruh dengan filem robotik macam Iron Man dan RoboCop.

Tapi tidak. Abang aku memang merupakan saintis robotik yang juga seorang doktor. Tidak seperti aku, Seungcheol sangat bijak dan kebijaksanaannya diperlukan di seluruh dunia.

Sebab itulah dia selalu travel dan sangat jarang pulang ke rumah -_-

Seperti aku ni monyet ujikaji, Seungcheol dengan pantasnya mengajak aku ke tempatnya bersains. Tangan aku akan dibedah sedikit untuk masukkan sekeping cip (ini sangat menakutkan sebenarnya) sebelum aku boleh pakai sarung lengan robot tu.

Jantung aku tak berhenti berdegup kencang.  Siapa je tak nervous, lagi-lagi aku dibedah bukan di hospital, tapi di makmal abang aku yang macam doktor/saintis gila.

"Saya akan sentiasa berada di sisi awak. If something happened to you semasa pembedahan, saya akan saman abang awak." Kata-kata semangat Kuanlin berjaya buatkan aku bertenang sedikit.

Seungcheol... saya berharap sangat Kuanlin takkan saman awak.

Kuanlin's POV

Hampir setiap hari kami tak dapat nak tidur kerana jadual yang terlalu padat. Sekarang pula dah bulan Oktober, jadi persediaan untuk festival akhir tahun semakin giat dilakukan.

Baru hari ni, malam ni kami dapat pulang awal ke rumah. Sampai sahaja di rumah, Jaehwan hyung yang pertama masuk serta merta mengeluh.

"Aish bersepahnya rumah..."

"Biar saya kemas lepas selesai mandi." Minhyun hyung menawarkan diri seperti biasa.

Sebenarnya Minhyun hyung baru sahaja tiba dari Busan, jadi dia yang paling kepenatan. Tapi tiada pula yang lain mahu membantu kerana kami juga kepenatan.

Kalau dulu, kami pulang dan dapat tengok rumah bersih, makanan lazat tersedia, kami dapat tidur awal sebab semua kerja rumah dah siap.

𝐇𝐎𝐌𝐄 || 𝐖𝐚𝐧𝐧𝐚 𝐎𝐧𝐞  Where stories live. Discover now