♧ 12

353 33 1
                                    

Kuanlin's POV

"Kuanlin..."

Aku memandang ke arah Daniel hyung si pemangsa yang bila-bila sahaja akan menerkam musuh di hadapannya.

Iaitu aku.

"Kamu habiskan semua chewing gum saya?!"

"Oops sorry hyung." Aku tersenyum sekilas sebelum bangun dan masuk ke bilik.

😂😂

It's blueberry. Mestilah saya akan habiskan~

Jihyun's POV

Awal pagi lagi, semua ahli Wanna One sudah berada di dalam kereta mereka sebelum bergerak ke fansign venue.

Aku menghulurkan stokin kepada Jinyoung yang tergolek-golek mencari sesuatu.

"Awak cari ni?"

"Yes! Terima kasih, Jihyun!" Dengan gelabahnya, Jinyoung mencapai stokin dari tanganku dan memakainya kelam-kabut.

Dia dah lambat. Manager Wanna One dah mula membebel, dan secara jujurnya aku pun bencikan bebelannya itu.

Jinyoung turut sama mengikut jejak langkah managernya, dngan membebel pada aku pula "Ingat ya Jihyun. Bagi Kuanlin makan ikut masa. Cuba sehabis baik untuk berbual dengan dia dan berbaik. Beritahu segalanya yang berlaku kepada saya, dan pastikan ada perkara positif yang berlaku-"

"Blablabla ye saya tahu. Cepatlah awak tu pergi, tahulah saya kerjakan Lai Kuanlin tu nanti."

"Kerjakan? Yah Choi Jihyun-"

"Pffft now go." Aku menahan gelak dan menekup mulutnya. Dengan menggunakan tubuhku yang kecil, aku menolak tubuh tinggi Bae Jinyoung ke pintu rumah sehingga diri aku dibataskan oleh dinding halimunan yang selama ini telah memerangkap aku di sini.

Hm dinding ni masih ada di sini...

Selepas mereka pergi, aku mulakan rutin harianku which is berfangirling sambil kemas rumah.

Pukul 8 pagi, aku ke dapur dan sediakan sarapan pagi untuk diri sendiri je memandangkan Wanna One dah pergi kerjaㅡ Oh ada seorang yang masih bergolek dalam biliknya... dia pun kena makan juga haish.

Tanpa rela, aku melangkah merapati pintu bilik Lai Kuanlin sambil berdoa agar semuanya akan jadi seperti yang dirancang.

Aku panggil dia, dia keluar makan, dan selesai.

"Lai Kuanlin, sarapan dah sedia!" Kataku sambil mengetuk pintu dengan agresif.

Tiada jawapan. Aku mula rasa menyampah, pasti sangat yang dia dengar tapi pilih untuk abaikan aku.

Ok memang salah aku sebab aku benci dia at the first place, tapi itu tak bermakna dia boleh layan aku macam ni. Ini dah kira menyusahkan orang lain!

"Cepatlah keluar, pancake masih panas tu..."

Aku masih cuba mengawal kemarahan diri dengan mengetap bibir sekuat-kuatnya. Kalau ini berterusan, boleh koyak bibir aku!

Dan masih tiada jawapan. Nampaknya aku tiada pilihan lain selain dari kunci pendua yang Jinyoung tunjukkan pada aku semalam. Itu sahaja cara untuk buat Lai Kuanlin terpaksa keluar dari bilik ni.

Aku beransur ke dapur dan mendapatkan kunci pendua tersebut, kemudian kembali semula ke depan pintu bilik Lai Kuanlin. Baru sahaja kunci mahu masuk ke lubangnya, terlintas satu kemungkinan di fikiran aku.

𝐇𝐎𝐌𝐄 || 𝐖𝐚𝐧𝐧𝐚 𝐎𝐧𝐞  Where stories live. Discover now