♧ 6

451 38 5
                                    

Jihyun's POV

'Do trouble when you're in the world,
then fix it in the world
If you don't want to suffer in the same world'

Sajak/puisi yang Park Jihoon tunjukkan pada aku sebentar tadi asyik-asyik bermain di fikiran.

Kesalahan yang aku buat di dunia harus diperbaiki di dunia kalau aku tak nak merana di dunia... 

Kesalahan aku adalah membenci Wanna One dan aku terima hukuman di dunia dengan terperangkap di sini?

"T-takkanlah..."

"Eo Jihyun-ssi? Kenapa tak masuk tidur lagi?"

Fikiran aku diterjah oleh satu suara yang datang dari belakang. Aku sedang berdiri di balkoni sambil melihat permandangan malam dan memikirkan kesimpulan puisi tadi.

Aku memandang ke arah pemilik suara tersebut. Ianya Park Woojin sambil memegang segelas cawan hot chocolate.

"Awak nak ni ke?"

Wuish nampaknya dia boleh baca hati aku.

Ye saya nak... Nampak sedap betul...

Aku hanya mampu katakan dalam hati. Agak gila untuk aku jadi tak tahu malu dan minta sahaja pada dia sedangkan kami tak rapat.

"Kalau awak nak, minta Jaehwan hyung di dapur. Saya takkan berkongsi dengan sesiapa, ini saya punya~"

A-apa?

Woojin mengabaikan jelinganku lalu mula minum. Dalam diam, aku tersenyum kecil mendengar katanya tadi.

Takkan berkongsi? Nakal betul, personaliti sama yang aku nampak tentang dia di Produce 101.

"Jadi Jihyun, awak dah dapat selesaikan puisi tu ke?" Tanyanya memecahkan kesunyian.

"S-saya rasa dah..."

Tanpa membalas apa-apa, Woojin menghabiskan minumannya dan beransur untuk masuk ke dalam.

"Masuklah kalau awak mengantuk. Dah lewat malam ni."

"Okey~" balasku.

Nampaknya memang itu saja caranya.

Aku kena buang rasa benci pada Wanna One. Tebus semula segala kesalahan aku pada mereka selama ni, dan aku dapat keluar dari sini.

Tapi, mudah ke? Aku ni hardcore-anti Wanna One. Dan nak buang perasaan benci tu?

Well rasanya boleh. Mereka sendiri pun dah tonjolkan sifat baik yang tak pernah aku tahu tentang mereka sejak Pd101.

Terutamanya Jinyoung dan Daehwi. Mesti seronok kalau dapat berkawan dengan mereka.




Nobody's POV

Jihyun bangun pagi sekali lagi dengan harapan yang dia bermimpi tentang Wanna One. Dan sekali lagi, dia pasti apa yang terjadi ni masih bukan mimpi.

Sudah masuk hari keempat terperangkap, Jihyun mula biasakan dirinya di sini. Dia bangun awal dan bersihkan diri terlebih dahulu. Nasib baiklah dia dapat pakai bajunya sendiri atas jasa Younghoon yang menghantarkan pakaian untuk dipakai Jihyun setiap hari. Dia masuk semula ke bilik dan berbaring di katil milik Bae Jinyoung.

Ianya sudah disahkan. Ini bilik Bae Jinyoung dan Lee Daehwi.

Jihyun memandang kosong ke arah siling. Bunyi kecoh di luar menarik perhatiannya, lalu Jihyun bangun dan membuka pintu sebanyak 10%, cukup sekadar untuk melihat keadaan di luar tanpa disedari sesiapa.

𝐇𝐎𝐌𝐄 || 𝐖𝐚𝐧𝐧𝐚 𝐎𝐧𝐞  Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang