Younghoon's POVMereka bercinta?
Jihyun bercinta dengan Kuanlin?
Tiada siapa pun antara mereka yang beritahu aku tentang ni sedangkan aku rapat dengan mereka berdua?
Ok aku kecewa. Seriously sangat kecewa.
Jihyun kembali. Nasib baiklah aku sempat tutup semula phonenya dan kembalikan ke tempat asal, supaya dia tak syak apa-apa yang pelik.
Jihyun hulurkan semangkuk epal yang sudah dipotong pada aku.
"Nah Younghoon-"
"S-saya tak nak. Saya nak balik sekarang."
Aku bangun dan terus menuju ke pintu.
"K-kenapa tiba-tiba nak balik?" Jihyun menahan tanganku yang sedang mengikat tali kasut.
Aku tidak menjawab. Aku habiskan ikatan dan terus keluar dari rumah.
Sebelum menutup pintu, barulah aku balas- "Tiba-tiba ada schedule pula petang ni. Sangyeon hyung nak jumpa semua ahli sekarang."
Aku menipu gunakan nama Sangyeon hyung, ketua kumpulan The Boyz. Tanpa banyak soal, Jihyun mengangguk faham dan biarkan aku pulang ke rumah.
Hati aku hancur. Aku datang ke sini bertujuan untuk luangkan masa sebanyak mungkin dengan Jihyun, kawan baik yang dirindui, tapi status hubungannya dengan Kuanlin buatkan aku terkesima.
Sekarang aku dah tiada aktiviti nak dilakukan. Aku beritahu ahli yang lain yang aku akan pulang malam ni ke rumah.
Hmmm takpelah.
Aku nak menangis je sampai lewat malam huhuhu.
◇
Jihyun's POV
Sudah dua bulan berlalu sejak Wanna One world tour bermula.
Aku pula sudah terbiasa ditinggalkan seorang diri. Cuma kadangkala terngiang juga suara Daehwi menjerit, suara Jinyoung dan Sungwoon menyanyi dalam bilik air, suara Jisung membebel, suara Daniel bercakap macam orang tua dengan Seongwu, bunyi barang pecah dilanggar oleh Jihoon dan Woojin yang berlari, bunyi vakum Minhyun membersih, bunyi Jaehwan berdengkur, dan paling terngiang mestilah suara Kuanlin bergaduh dengan aku.
Sejujurnya, aku sangat-sangat rindukan mereka. Walaupun aku tonton concert mereka dan setiap live yang mereka buat, ianya sangat berbeza jika mereka di rumah.
:(
Sedang aku mengemas menggunakan penyapu Minhyun, tiba-tiba batang penyapu tersebut terlepas dari pegangan.
"Haish kejang lagi."
Baru aku teringat yang Kuanlin tak benarkan aku guna tangan kiri. Salah aku juga sebab langgar arahan dia.
Heheh sorry Kuanlin ❤
Dalam tempoh dua bulan ni, dah sembilan kali tangan kiri aku kejang. Sedangkan aku tak banyak gunakan tangan kiri pun. Dan ianya ambil masa yang semakin lama untuk pulih semula.
Pernah sekali, tangan kiri aku kejang hampir sejam. Nasib baiklah tiada apa-apa.
Aku tahu keadaan tangan aku dah sangat serius. Walaupun aku tak dapat rasakan kesakitannya, boleh nampak yang tangan ni makin membengkak. Risau juga kalau tangan ni dah tak boleh diselamatkan lagi.
YOU ARE READING
𝐇𝐎𝐌𝐄 || 𝐖𝐚𝐧𝐧𝐚 𝐎𝐧𝐞
Fiksi PenggemarA girl regretting her desicion on hating Wanna One. [It's a malay fanfic bcs my English already terbabas years ago heheheheh] Highest ranking 🎉 #1 LaiKuanlin #1 JooHaknyeon #1 KimJaehwan #1 YoonJisung #1 LeeDaehwi #1 HaSungwoon #1 OngSeongwu #2 Wan...