♧ 17

361 38 6
                                    

Nobody's POV

Pukul 8 pagi. Seluruh rumah baru sahaja membuka mata setelah berjam-jam lamanya dibuai mimpi. Rasa penat kerana schedule yang padat terus hilang lepas bangun dari tidur.

"Hyung... rehearsal kita start pukul berapa?" Tanya Kuanlin kepada Jihoon yang masih mamai.

"Lagi dua jam... Hm nak sambung tidur lagi ke?"

Serta-merta Kuanlin bangun dari katil. Dia menggeliat sambil automatik keluarkan bunyi yang pelik.

"Haaaaiiiyarghhh! Tak nak, saya nak bangun sekarang." Jawabnya selepas habis menggeliat. Jihoon hanya menjeling sekilas tubuh badan Kuanlin yang sudah bergerak memasuki bilik mandi, kemudian tidur semula.

Pada masa yang sama, Daniel mengetuk pintu bilik Jihyun.

"Jihyun-ah~ Awak dah bangun ke? Saya ada kecemasan ni."

Pertanyaan Daniel tiada balasan. Jaehwan yang kebetulan lalu di hadapan Daniel sempat mendengar permintaan Daniel.

"Kecemasan apa?"

"Seluar saya terkoyak heheheh. Seluar ni saya nak pakai untuk ke studio harini~"

"Pakailah seluar lain. Nanti suruh staf kita tolong jahitkan-"

"Tak nak. Jihyun seorang je yang tahu jahit seluar saya." Walaupun kedengaran mengada-ngada, tapi itulah kebenarannya.

"Fine. Kejutlah dia." Kata Jaehwan sebelum beredar.

Sudah pasti yang Jihyun masih lagi belum bangun dari tidur. Daniel serba salah mahu kejutkan Jihyun, tapi dia betul-betul memerlukan bantuan gadis itu.

"Kuanlin." Daniel menarik lengan Kuanlin yang baru sahaja keluar dari bilik mandi. "Tahu tak cara nak kejutkan Jihyun?"

"Hm hyung nak minta tolong apa pada dia?"

"Tolong jahitkan seluar."

"Oh. Sekejap." Kuanlin pantas mengeluarkan telefon bimbit lalu menaip sesuatu. Dia meletakkan telefon di telinganya.

"Busy tak sekarang? Boleh awak datang sini sekejap? Oho okay lagi bagus. Jumpa nanti."

Tamat panggilan, Kuanlin menunjukkan tanda 'okay' pada Daniel.

"Kamu jangan nak kenakan Jihyun lagi. Suka sangat eh kacau dia." Tegur Daniel.

"What? Saya cuba kejut dengan cara paling simple dan berkesan. Dia pun mesti suka." Kata Kuanlin diakhiri dengan senyuman misteri.

8 minit kemudian, seseorang mengetuk pintu bilik Jihyun.

"Jihyun-ah! Bangun!" Suara Younghoon selamba sahaja mengganggu mimpi indah rakan baiknya.

"Younghoon ke tu? Masuklah... saya tak kunci pintu huwargghh..."

Younghoon dan rakannya tergelak kecil apabila mendengar suara Jihyun yang masih mamai. Dia buka pintu lalu masuk dan duduk di hujung katil Jihyun.

Jihyun masih lagi tidak membuka mata. Dia cuma tersedar sekejap untuk balas panggilan Younghoon. Malas sungguh dia nak bangun hari ni, badannya terasa penat.

"Jihyun, bangunlah." Younghoon cuba kejutkan Jihyun dengan kata-kata.

"Biarlah saya tidur lama sikit..." jawab Jihyun tanpa buka matanya.

"Saya bawa Haknyeon sekali ni. Lebih baik awak bangun sekarang." Ugut Younghoon pula.

Jihyun's POV

"Hahahah tipu. Haknyeon tak mungkin datang-"

"Jihyun hai~"

Damn. Itu suara Haknyeon.... Tak mungkin.

𝐇𝐎𝐌𝐄 || 𝐖𝐚𝐧𝐧𝐚 𝐎𝐧𝐞  Where stories live. Discover now