Jihyun's POV
"Macam mana?"
Jinyoung tersenyum sinis. Tanpa menjawab soalanku, dia mula memandang ke arah siling.
Aku pasti 1000% yang dia sedang berangan.
◇
Nobody's POV
Hari ni merupakan hari Wanna One akan merakamkan MV untuk comeback seterusnya, Light. Mereka diminta untuk datang awal ke tempat penggambaran supaya dapat habis shooting lebih cepat.
Sejurus Kuanlin bangun, dia baru sahaja mahu memasuki bilik air, tapi Jinyoung tiba-tiba memotong barisan.
"Hyung, saya sampai dulu." Katanya perlahan.
"Saya sedang kecemasan, awak tunggu sekejap eh?" Kata Jinyoung sambil membuat muka desperate.
Selepas Jinyoung keluar, Kuanlin terus masuk ke dalam tandas. Dia terkejut apabila ternampak tulisan di cermin tandas sejurus dia menutup pintu tandas.
Kuanlin meneliti mesej tersebut.
'Maafkan saya, Kuanlin :('
Bulu roma Kuanlin meremang. Siapa agaknya yang tinggalkan mesej ni untuknya. Takkan Jinyoung hyung? Apa salah yang dia dah buat sampaikan nak minta maaf dengan cara childish macam ni?
Kuanlin langsung tidak terfikir yang itu adalah mesej permohonan maaf secara kecil-kecilan oleh Jihyun (dibantu oleh Bae Jinyoung). Dia memadam mesej tersebut sepantas kilat supaya orang seterusnya yang memasuki tandas tidak akan berasa curiga.
Sewaktu masuk ke bilik untuk menukar pakaian, Kuanlin nampak satu lagi mesej pelik ditampal di pintu almari.
'Saya dah tahu yang awak cuma nak selamatkan saya pada hari tu. Thankyou and I'm sorry :('
Selamatkan?
Kuanlin tersentak. Perkataan selamatkan itu buat dia sedar rupanya ini permohonan maaf dari Jihyun. Dia kemudian merenyukkan kertas tersebut lalu membuangnya ke dalam tong sampah mini di dalam bilik.
Kuanlin dah nekad. Hati dia sudah tawar pada Jihyun, dia takkan maafkan perbuatan gadis tu padanya.
Selepas selesai bersiap, Kuanlin menyertai abang-abangnya yang lain di meja makan untuk sarapan pagi. Jihyun tidak ada bersama, sebab itulah dia tidak kesah mahu duduk di meja makan.
"Wow omelette rice!" Jerit Sungwoon yang juga baru sahaja tiba di meja makan.
"Terima kasih untuk sarapan ni Jihyun~" Seongwu mengetuai semua mengucapkan terima kasih kepada Jihyun yang berada dalam biliknya.
Ahli yang lain mula makan. Kuanlin bersedia untuk makan, tapi sekali lagi dia terkejut besar melihat mesej berbentuk sos di atas omelette rice miliknya.
'Maafkan saya, Kuanlin :('
Jisung yang duduk di sebelah Kuanlin ternampak Kuanlin ternganga. Baru sahaja dia mahu pandang pinggan Kuanlin, Jinyoung tiba-tiba memanggil.
"J-Jisung hyung! Err hyung kalau nak lagi, makanlah s-saya punya sedikit. Saya dah kenyang~"
Jinyoung sendiri rasa kekok apabila terpaksa mencelah tiba-tiba tanpa sebab. Nasib baiklah dia berjaya reka ayat dan tiada siapa selain Kuanlin yang nampak mesej di atas omelette rice Kuanlin tu.
YOU ARE READING
𝐇𝐎𝐌𝐄 || 𝐖𝐚𝐧𝐧𝐚 𝐎𝐧𝐞
FanfictionA girl regretting her desicion on hating Wanna One. [It's a malay fanfic bcs my English already terbabas years ago heheheheh] Highest ranking 🎉 #1 LaiKuanlin #1 JooHaknyeon #1 KimJaehwan #1 YoonJisung #1 LeeDaehwi #1 HaSungwoon #1 OngSeongwu #2 Wan...