♧ 29

600 50 14
                                    

Nobody's POV

"Disebabkan cuma tinggal masa dua bulan je, kita sepatutnya kena buat lebih banyak kenangan indah bersama. Takkanlah nanti bila dah tua, kenangan menangis beramai-ramai yang korang mahu ingati?"

Ahli Wanna One memandang Jihyun blank, masih cuba menghadam ayat-ayatnya.

Jihyun tidak memperdulikan mereka. Dia mula mencucuk satu pisau ke dalam lubang rolet itu.

"Fuh berjaya! Ok Kuanlin, giliran awak."

Tanpa teragak-agak, Kuanlin terus memasukkan pisau di lubang pilihannya. Nasibnya yang baik berjaya membuatkan lanun itu langsung tidak berganjak.

Jihyun memanggil ahli yang lain supaya duduk bersama mereka.

"Marilah! Jinyoung, giliran awak pula."

Walaupun perasaan sedihnya masih bersisa, dia akur dengan permintaan Jihyun lalu memasukkan pisau di satu lubang danㅡ

PPOMM! Lanun melompat tinggi ke udara.

Lompatan mengejut itu membuatkan ahli Wanna One menjerit ketakutan.

"ARGHHHH!!!"

Jihyun tergelak besar apabila melihat mereka ketakutan. Mana tidaknya, lanun itu betul-betul lompat jauh lebih tinggi berbanding lanun yang biasa.

"Hampir terkena siling! Ganas betul lanun tu." Jisung menjerit teruja.

Jihyun mengesat air matanya yang meleleh kerana terlalu kelakar. Lompatan lanunnya yang dasyat telah berjaya menarik minat semua ahli untuk turut sama bermain.

Dalam hati, mereka bersetuju dengan kata-kata Jihyun supaya isi masa lapang dengan mencipta kenangan indah untuk diingati selamanya.

"Disebabkan Jinyoung dah buat lanun tu melompat, jadi awak akan didenda. Basuh pinggan makan malam harini." Arahan Jihyun menerima tepukan gemuruh seisi rumah, kecuali Jinyoung.

"Aish fine. Siapa yang buat lanun tu melompat seterusnya, akan teman saya basuh pinggan."

"Cool!"

Pusingan kedua diteruskan, kini dimulai dengan Daehwi yang awal-awal lagi sudah menutup telinganya. Dia ragu-ragu unuk mencucuk. Seminit kemudian barulah pisau itu masuk ke lubang.

Nasib baik, lanun itu tak melompat. "FUH SAYA SELAMAT."

Giliran kini pada Jaehwan pula, lanun masih tidak melompat.

Giliran ketiga, Ong Seongwu. Dia tersenyum sinis dan merampas pisau di tangan Woojin dengan bergaya.

"Easy game~" Pisaunya bergerak masuk ke dalam salah satu lubang semasa Seongwu membebel, "Korang kena tengok dan belajar, inilah cara pro lakukan-"

PPOM! Lanun itu melompat.

Suasana sepi memenuhi ruang tamu. Lepas 10 saat, barulah gelak tawa menghiasi rumah.

"Ahahahahah!"

"Seongwu hyung ahahhahahah!!"

"Hi teman basuh pinggan~"

Gelak tawa memenuhi rumah sehinggalah lewat malam. Mereka makan, tengok movie dan main permainan video bersama-sama. Tiada satu saat pun yang terbazir tanpa melakukan apa-apa dan yang paling penting sekali, mereka lakukan segala-galanya bersama pada hari ni.

Jisung banyak berterima kasih pada Jihyun. Kalau Jihyun tak menasihati mereka, tentu ahli Wanna One semua masih menangis lagi sekarang.

Sebagai leader, Jisung berasa sangat bahagia melihat ahli Wanna One bergembira seperti hari pertama mereka bersama. Terlupa terus tentang saat perpisahan yang bakal tiba sebulan lebih akan datang.

𝐇𝐎𝐌𝐄 || 𝐖𝐚𝐧𝐧𝐚 𝐎𝐧𝐞  Where stories live. Discover now