♧ 8

375 32 0
                                    

Jihyun's POV

Habis sahaja sarapan pagi, aku mula mengemas rumah Wanna One.

Disebabkan aku dah decide untuk tak benci mereka lagi, aku akan lakukan semua perkara baik yang seseorang manusia boleh lakukan. Perlahan-lahan.

Satu langkah baik yang sangat simple tapi agak complicated untuk aku adalah... senyum apabila bertentangan mata dengan mereka.

Sejujurnya, aku tak ada masalah nak senyum, gelak mahupun bergurau dengan maknae line (kecuali Kuanlin) sebab jarak umur kami tidak jauh. Masalah terbesar aku apabila aku bertembung dengan Jisung, Sungwoon, Minhyun, Seongwu, Jaehwan dan Daniel yang jauh lebih tua.

Nak tak nak, aku pamerkan senyuman paksa. Bukan senang tau aku nak buat ni.

😅

"Jadi... pukul berapa korang balik rumah hari ni?" Tanyaku.

Takut nanti aku dah masak, mereka tak pulang ke rumah pula. Membazir.

"Kami ada jadual ke luar negara mulai hari ni. Minggu depan baru kami pulang ke rumah. Maaf, Jihyun-ah." Kata Jihoon sambil melihat dirinya di cermin.

S-seminggu?

Wow aku akan keseorangan di rumah orang selama seminggu lamanya.

"Sekejap. Jadi Jihyun akan tinggal seorang diri selama seminggu?!!" Daniel tiba-tiba menjerit risau perkara yang sama seperti fikiranku. Ish buat terkejut je.

Minhyun muncul entah dari mana "Saya, Sungwoon dan Kuanlin akan ke Singapore lusa sebab masih ada jadual di sini. So... mungkin empat hari je Jihyun akan bersendirian?"

Empat hari je.

Aku muncungkan bibir kebingungan. Mesti mereka terlampau busy sampai terpaksa naik flight berlainan.

Aku okay je tinggal seorang diri, cuma sebelum ni Younghoon yang selalu teman akuㅡ

Eh Younghoon... The Boyz akan debut lusa ni...

Dan aku masih terperangkap di sini 😭😭😭😭😭

"Jihyun-ssi, kami pergi dulu ya. Saya dan Seongwu dah penuhkan peti ais tu dengan makanan dan ada banyak snek di rak atas. Makan jelah, jangan malu-malu. Kami akan order makanan untuk awak setiap waktu makan nanti. Okay?" Daniel membacakan info makanan aku dengan gaya seorang cikgu. Dia siap menunjuk ke arah semua tempat yang dinyatakan.

"Okay! Saya dah banyak sangat menyusahkan awak semua di siniㅡ"

"Jangan cakap macam tu. Awak lebih banyak bantu kami sebenarnya." - Jinyoung

"Betul tu. Kami pulang ke rumah kepenatan, tapi awak sediakan makanan untuk kami dan kemas rumah ni secantik rumah baru! Saya terharu~" - Jaehwan

Tersipu malu aku dibuatnya.

Tidak lama selepas itu, ahli Wanna One yang lain sudah beransur pergi. Dalam rumah ni hanya tinggal aku, Ha Sungwoon yang sedang makan, Hwang Minhyun yang sedang menggunakan pembersih vakum, dan Lai Kuanlin yang sedang bermain phonenya.

Aku buat keputusan untuk membantu Minhyun mengemas terlebih dahulu.

Dari belakang, aku menghampiri Minhyun tanpa disedarinya.

"Wah nampaknya awak memang pembersih ya."

Kata-kata pujianku membuatkan Minhyun terkejut lalu tergelak malu.

"Nampaknya awak tahu juga yang saya ni pembersih?" Tanyanya pula, sekadar mahu memanjangkan perbualan.

"Mestilah saya tahu. Saya tengok hampir kesemua rancangan varieti NU'EST sampailah awak sertai Produce 101." Kataku bangga.

𝐇𝐎𝐌𝐄 || 𝐖𝐚𝐧𝐧𝐚 𝐎𝐧𝐞  Where stories live. Discover now