♧ 25

312 33 10
                                    

Kuanlin's POV

"Dia dibuli disebabkan awak, Lai Kuanlin! Awaklah punca tangan dia cacat macam tu!"

A-apa maksud awak, Younghoon?

Aku punca tangan Jihyun cacat?

"Awak pun tahu betapa Jihyun bencikan awak sebelum ni. Dia dibuli sebab bencikan awak. Dia hilang ramai kawan sebab bencikan awak!"

T-takkanlah...

Lidah aku kelu. Tidak tahu lagi macam mana nak pertahankan diri.

Jadi... selama ni Jihyun dibuli sebab bencikan aku? Akulah penyebabnya?

Rupanya akulah yang dah buat tangan kiri Jihyun lumpuh?

T-tak....

Younghoon ingin berlalu pergi. Langkahnya terhenti di daun pintu.

"Mulai sekarang, saya akan jaga Jihyun semula. Anggap semua hubungan persahabatan kita ni tak pernah terjalin, saya tak kenal awak dan awak tak kenal saya. Awak ahli Wanna One, dan saya ahli The Boyz, setakat itu je." Younghoon terdiam seketika. Dia memegang tombol pintu, memberikan tanda-tanda untuk berlalu pergi.

"Paling penting, putuskan hubungan awak dan Jihyun. Takkan awak masih sanggup nak bersama Jihyun selepas tahu awaklah punca dia cedera? Don't be selfish and let her go, Lai Kuanlin."

Younghoon akhirnya keluar. Pintu ditutup sekuat hati lalu menghasilkan bunyi hempasan memenuhi ruang tangga yang bergema.

Aku bangun semula dan berjalan menuruni tangga. Tanpa toleh ke belakang semula, aku meninggalkan perkarangan hospital sepantas mungkin.

Younghoon was right. Kata-katanya semua betul. Aku tak nak Jihyun cedera lagi disebabkan aku.

So I'll follow what he wants.

Jihyun's POV

Ketika ditinggalkan berseorangan, aku melihat kawasan sekelilingku. Tadi aku ditempatkan di ruang kecemasan, sekarang aku sudah berada di bilik pesakit persendirian.

Aku memandang ke arah tangan kiriku yang sudah berbalut rapi.

Hmmm dari tadi Kuanlin ke kafeteria hospital, kenapa lama sangat dia pergi?

Orang lain yang ditunggu, orang lain yang tiba. Younghoon duduk di kerusi sebelah katilku sejurus sahaja dia masuk.

"Maaf lambat. Tandas jauh sangat. Tandas berdekatan semuanya rosak." Kata Younghoon.

"K-Kuanlin dah balik ke?" Terus terang aku tanya.

"Saya terjumpa dia tadi. Dia kata dia terpaksa balik sekarang sebab ada schedule." Jawab Younghoon, tenang.

Aku kecewa? Semestinya.

Tapi aku perlu tabah. He's an idol dan dia ada berjuta-juta peminat di seluruh dunia untuk dijaga juga, bukan aku seorang je.

Semasa aku dan Younghoon berbual, seorang jururawat memasuki bilik aku ditempatkan. Dia memanggil aku untuk berjumpa dengan doktor memandangkan aku sudah sedarkan diri. Cuma tangan kiri aku je yang masih tak boleh berfungsi lagi.

Younghoon ikut sama menemaniku.

"Pembedahan tadi berjalan lancar. Nasib baiklah awak sampai cepat ke hospital, kalau tak mungkin lagi teruk jadinya." Kata doktor tersebut, memulakan bicara.

𝐇𝐎𝐌𝐄 || 𝐖𝐚𝐧𝐧𝐚 𝐎𝐧𝐞  Where stories live. Discover now