♧ 13

360 36 5
                                    

Jihyun's POV

Selesai sarapan pagi, Kuanlin masuk semula ke bilik. Katanya mahu mandi dulu.

Kebosanan, aku membuka TV dan mula menontonnya. Habis semua channel aku tukar sampaikan lenguh jari menekan butang di remote TV ni. Tiada apa yang menarik mahu ditonton.

"Hm patut ke aku tengok Zero Base?" Persoalan itu tiba-tiba singgah di kepala.

Kata Jaehwan, aku boleh kena serangan sakit perut sebab gelak tak henti menonton rancangan varieti mereka tu. Ahli-ahli lain pun pernah kata benda yang sama.

Fuh sekarang aku dah tak benci mereka, dan aku dah berdamai dengan Kuanlin even tak rapat, so apa salahnya aku tengok? Hobi aku adalah ketawa dan berfangirling. Mereka Wanna One, nation's pick idol, dan aku ni peminat industri K-pop yang sentiasa menyokong mana-mana kumpulan.

Sekarang, Wanna One termasuk dalam golongan tu.

Aku dah nekad. Siaran ditukar dan aku membuka Wanna One Go : Zero Base episod pertama. Belum lagi sampai ke Zero Base pun mereka sudah bising.

Yeah itulah Wanna One yang sama yang tinggal serumah dengan aku sekarang. Kebisingan dan kekecohan mereka boleh meruntuhkan semua perpustakaan di dunia!

Ketenangan hanya dapat dirasai bila mereka tiada di rumah, iaitu macam sekarang.

Dan waktu macam sekarang jugalah aku akan rasa sunyi sebab takde kawan nak berbual. Younghoon pun takde. Chat je masih tak cukup nak isi kesunyian aku yang sudah tahap berada di dalam gua!

Aku lagi suka bila rumah ni kecoh dan bising.

"Wow awak tengok Zero Base."

Suara Kuanlin yang tiba-tiba duduk di sebelahku telah menghentikan lamunanku.

Kalau sebelum ni, aku akan sedaya upaya menghalaunya. Tapi hari ni, aku cuba kawal kewarasan diri dan cuba berfikiran positif.

Calm down Jihyun... Kami baru berbaik, jangan spoilkan keadaan baik ni....

"Y-ya... Daehwi dan Jinyoung paksa saya tengok."

Kuanin tersenyum kecil sebelum menghulurkan aku sesuatu. Aku merenung ke arah benda tersebut dalam kepelikkan.

"Lollipop? Terima kasih tapi saya tak makan lollipop." Aku menolak.

"Eh kenapa tak makan?"

"Gigi abang saya pernah rosak sebab banyak makan lollipop. Jadi dia larang saya untuk makan lollipop sejak kecil."

"Makan je, abang awak takkan tahu."

What? 😂😂

Kuanlin sambung lagi "Itu waktu kecil. Memanglah akan makan tanpa henti, lepas tu tak gosok gigi. Tapi sekarang kan kita dah besar, pandai limit diri dari overdose makan lollipop. Gosok gigi lepas makan, mesti gigi takkan rosak."

Bersungguh betul dia yakinkan aku untuk makan. Bukannya dosa pun kalau aku tak makan aigoo.

"Tak mengapa. Saya tak rasa saya akan suka..." Aku masih cuba menolak.

"Awak pasti akan suka! Saya tak tahulah flavor lain tapi... blueberry akan buat awak jatuh hati."

Kuanlin menayang-nayangkan lollipop tersebut di hadapan mataku dalam cubaan menggoda aku makan. Aku tak dapat nak tahan diri dari tergelak kecil sebelum mengalihkan tangannya ke tepi.

Hm diri Kuanlin nampak sangat berbeza. Apa yang aku nampak sebelum ni, dia sangat tenang, tak banyak cakap dan tahu gelak je. Tapi sekarang, dia nampak macam budak-budak yang excited tentang benda sekecil lollipop.

𝐇𝐎𝐌𝐄 || 𝐖𝐚𝐧𝐧𝐚 𝐎𝐧𝐞  Where stories live. Discover now