TAPE 1/7
02" Kim Taehyung,
Oh, dia merupakan seorang yang aku jatuh cinta pada pandang pertama. Percayalah, dengan wajahnya yang tampan dan serba sempurna itu, ramai gadis akan jatuh cinta dengannya. Malah aku juga.
Aku memendam perasaan aku padanya sejak aku berumur 8 tahun. Pada mulanya, ia hanyalah perasaan seperti cinta monyet. Tetapi lama kelamaan, aku mulai sedar yang perasaan aku pada dia adalah lebih dari itu.
Aku cintakan dia. Siapa je yang tak?
Tetapi walaupun kitorang dekat, dia begitu jauh. Dia popular, kacak dan ibu bapanya merupakan pendakwa raya yang cukup terkenal ; bermaksud dia anak orang kaya. Kehidupan dia serba sempurna.
Dia juga mempunyai kawan baik nya. Mereka menggelarkan squad mereka sebagai bangtan boys. Masing-masing merupakan seseorang yang berketurunan keluarga terpelajar. Mereka juga pandai walaupun nakal. Dan ya, bangtan boys terkenal dengan fizikal kacak mereka juga.
Bayangkan kalau kau merupakan teman wanitanya.
Yang aku tertarik pada Kim Taehyung, dia ini merupakan seorang yang ramah. Senang untuk didekati. Dia tidak pernah berlagak mahupun kedekut. Sikapnya itu menawan hati aku.
Pernah aku cuba menegurnya.
•
" hey, "
Taehyung yang sedang berjalan dengan crewnya, Bangtan Boys terus terhenti apabila mendengar panggilan aku. Kawannya yang lain juga memandang ke arah aku, membuatkan pipi aku kehangatan kerana malu dengan pandangan yang mereka berikan pada aku.
" hai. " Taehyung melambaikan tangannya ke arah aku. Aku tersenyum kecil. Buku ditangan dijadikan cover untuk menutup wajah merah aku itu.
" what a weirdo. " Yoongi, salah sekumpulan daripada kumpulan bangtan boys atau lebih dikenali sebagai kawan Taehyung berkata. Dia menerima pukulan oleh Seokjin, juga salah seorang ahli bangtan.
Tetapi aku tak kesah, yang penting aku ada perhatian Taehyung. Taehyung tersengih sambil menggaru kepalanya yang tak gatal itu.
" sorry, " Taehyung memulakan katanya. " dia tak maksudkan nya pun. " dia menunjukkan senyuman petaknya.
" if you want anything, just ask us " balas Taehyung. Dia kemudian nya dibawa pergi oleh kawan-kawannya yang lain. Bunyi bualan mereka bergema di sepanjang koridor.
•
Aku masih lagi dapat rasakan bagaimana rasa teruja dan gembiranya aku apabila dia berkelakuan begitu pada aku. Aku tersentuh dengan kata-kata dia. Walaupun dia popular, dia sedar juga kewujudan aku.
Tetapi suatu hari,
Aku nampak sesuatu yang aku tak sepatutnya lihat. Sesuatu yang aku menyesal apabila melihatnya. Aku berharap agar aku tak pernah melihatnya lagi buat seumur hidup aku. Aku rasa begitu.. sedih dan kecewa. juga curiga.
Dia sedang membunuh teman wanitanya.
Dan aku satu-satu saksinya.
Aku tak tahu kenapa, mengapa dia melakukan begitu tetapi teman wanita yang dia bunuhnya itu merupakan seorang yang amat berpengaruh di sekolah. Dia sopan, seorang librarian yang cukup tegas dengan kata-katanya.
Juga comel dan cantik.. dia jauh berbeza daripada aku. Seorang yang betul-betul seperti girlfriend material.
Aku tak faham, kenapa dia bunuhnya.
Dia bunuh perempuan itu di sekolah, di ruang dewan sukan sekolah. Pandainya Taehyung.. dia mengantung perempuan itu pada tiang bola keranjang kemudian menjadikan ia seperti situasi bunuh diri bagi perempuan tersebut.
Poor girl.
Taehyung pernah juga disiasat oleh pegawai polis, anehhya dia dilepaskan begitu sahaja tak sampai sehari. Ibu bapanya juga seakan kecewa apabila mendapat tahu girlfriend Taehyung mati. Mereka sedaya upaya cuba untuk menenangkan anaknya.
Sedangkan sudah semestinya anak dia itu gembira dengan apa yang dia sudah buat.
Begitu pandai dia berlakon di hadapan ibu bapa dan juga keluarga girlfriendnya. Menangis, menasihati.
Itu semua membuatkan aku jijik melihatnya.
Tetapi.
Situasi ini semuanya membuatkan aku tertanya, adakah ini peluang aku untuk menjadi teman wanita nya pula?
Ya, dia seorang pembunuh.
Tetapi cinta itu buta kan?
•
YOU ARE READING
valentine.
Mistério / SuspenseTHERE is one day, Di mana, kotak-kotak coklat menjadi penghiasan di hadapan kaca kedai. Warna merah merupakan warna nasional bagi hari tersebut. Bunga ros merah laris di pasaran. Di mana hubungan antara sang lebah dan sang bunga mekar. Ianya hari...