VALENTINE DAY
05MIN YOONGI berdiri di hadapan pagar sekolah nya dengan keadaan yang kusut masai. Di antara jari telunjuk dan jari tengahnya terselit seputung rokok yang masih lagi terbakar. Dia menghisapnya sambil memandang sekitar.
Angin malam itu terasa sejuk, langit yang gelap tanpa dihias dengan sebarang kelipan bintang teramatlah sunyi. Hanya cahaya rembulan yang menyinari dunia malam itu.
Yoongi hanya melihat sekitarnya dengan pandangan yang kosong. Dia sedang menunggu Hoseok, kawannya itu pergi ke toilet. Sebaik sahaja mereka selesai berparti untuk majlis Prom, Yoongi dan Hoseok mengutuskan untuk pulang awal.
Katanya ada projek.
Yoongi melepaskan keluhan yang kasar apabila menyedari dia telah membazirkan dua putung rokoknya semasa menunggu Hoseok ke toilet. Dia memandang semula ke arah bangunan sekolah yang mula menyepi.
" mana dia ni? " soalnya sendirian; perasaan marah mula memakan sikap sabarnya.
Gedegang!
Terhinjut bahu Yoongi apabila melihat ada sebuah batu konkrit mendarat benar-benar di hadapannya. Batu konkrit itu tergolek. Yoongi memerhatikan nya dengan mata yang terbuka besar.
Tap tap tap!
Yoongi terus memusingkan kepalanya ke arah bunyi derapan kaki tersebut. Di hujung lorong gelap tak jauh daripadanya, kelihatan seseorang berlari. Malangnya Yoongi tak dapat memperoleh maklumat selanjutnya tentang orang itu lagi.
" yah! " jerit Yoongi; memanggil. Tetapi sudah tentulah orang itu tak akan mendengarnya.
Yang dia tahu, sudah pasti orang itu yang membaling batu konkrit itu berhampiran dengannya.
Yoongi membaling putung rokok nya di atas tanah kemudian memijaknya. Asap kelabuan mula keluar daripadanya dan beberapa serbuk api daripada putung rokok itu kian malap.
Yoongi mencangkung di hadapan batu konkrit itu kemudian menongkat dagunya.
" Tiada kerja. " dia mengangkat batu tersebut. Matanya ralit memeriksa batu konkrit itu dengan penuh teliti. Pada batu tersebut, tertampal sekeping envelope putih padanya.
" 'To Yoongi' aku rasa itu adalah nama aku. " Yoongi berkata selamba kemudian dia menarik tampalan envelope tersebut daripada batu tersebut. Sebaik sahaja envelope tersebut tertanggal, dia mencampak batu tersebut ke arah 'god-knows-where'.
Yoongi terfikir, meskipun hari valentine akan tamat dalam beberapa jam lagi masih ada lagi orang yang mahu menghantar surat cinta padanya. Memikirkan tentang itu membuatkan dia tersengih sinis.
Yoongi memegang envelope itu. Tiba-tiba satu bau yang hamis menjengah deria baunya. Secara tindakan refleks, dahinya berkerut.
" the heck? " dia menjauhkan envelope itu sambil memandangnya. Bau itu datangnya daripada envelope tersebut.
" ada-ada sahajalah diorang ini. " Yoongi berkata dengan nada yang tegang. Dia membukanya kemudian apa yang dia lihat seterusnya hanyalah beberapa kepingan gambar yang baru dicuci.
" foto? ugh. " Yoongi memikir ingin membuangnya sahaja. Dia tak sanggup melihat bertapa peliknya si penghantar suratnya ini. Tetapi sebaik sahaja dia melihat beberapa kepingan foto dihadapan nya, nafasnya seolah terhenti.
" Taehyung? "
•
YOU ARE READING
valentine.
Misteri / ThrillerTHERE is one day, Di mana, kotak-kotak coklat menjadi penghiasan di hadapan kaca kedai. Warna merah merupakan warna nasional bagi hari tersebut. Bunga ros merah laris di pasaran. Di mana hubungan antara sang lebah dan sang bunga mekar. Ianya hari...