• 01 •

1.5K 256 42
                                    

VALENTINE DAY
01

KIM TAEHYUNG duduk di atas sofa dengan keluhan perlahan dilepaskan. Diurut dahinya yang kian terasa pening akibat tegukan alkohol yang dia minum di parti sekolahnya tadi.

Parti tersebut merupakan parti di mana sekolahnya mengadakan pada setiap tahun. Ia di gelarkan sebagai Prom Night. Di mana kau perlu membawa pasangan. Tetapi, oleh kerana lelaki itu merupakan Kim Taehyung, dengan petikan jari sahaja ramai perempuan telah mengelilinginya.

Baru sahaja dia ingin melelapkan matanya sambil berbaring di atas sofa, kedengaran seperti ketukan pada permukaan tingkapnya. Mata Taehyung terus terbuka kemudian memandang sekeliling; mencari di mana datangnya bunyi itu.

Tetapi, hanya Taehyung sahaja yang tinggal di rumah itu, dengan tiada ibu bapanya yang sibuk bekerja sehingga tak ingat dunia... dan anaknya juga. Taehyung menelan air liur, terasa tekaknya kering apabila memikirkannya. Parentsnya mungkin tak dapat balik awal hari ini seperti biasa.

Jadi mustahil jika mereka balik sekarang kan?

Taehyung hanya menganggap bahawa itu sekua hanyalah illusinasi dia. Dia cuba berfikiran positif. Dengan keluhan lagi, dia membaringkan kepalanya di atas sofa semula.

Knock knock!

Mata Taehyung terus terbuka dan dia terus terbangun. Bukan illusinasi.

Tuxedo nya dileparkan ketepi. Dia bangun kemudian mencapai sesuatu di sekitarnya untuk jadikan senjata. Nasibnya bagus kerana ada beberapa batang kayu golf berdekatan dengannya. Batang kayu golf itu terus dicapai olehnya. Dia mengenggamnya erat.

Taehyung cuba menyelak langsir yang berdekatan dengan pintu utama rumah untuk memeriksa sama ada orang atau tidak.

Dengan hati yang semakin lama semakin kencang degupannya, Taehyung menyelak langsir tersebut kemudian melihat keadaan di luar rumahnya.

Kosong, tiada sesiapa.

Taehyung mulai bengang. Mungkin ianya hanyalah kanak-kanak yang cuba bermain dengan dia sahaja pada malam-malam buta ini kan? Ya, sudah tentu.

Dia berjalan ke arah sofa semula. Kayu golf di lepaskan kemudian televisyen dibuka untuk menjadikan suasana di dalam rumahnya itu tidak begitu sunyi.

Mata kuyu milik Taehyung perlahan-lahan menutupkan tirainya tatkala dia memandang ke arah kaca televisyen tersebut. Dia bosan dan penat. Tetapi dia tak mahu tidur lagi. Malam terlalu muda.

Sedang dia baring, tiba-tiba dia terdengar seperti ada hentakan pada tingkat atas. Hentakan begitu kuat sehinggakan Taehyung terus terbangun daripada baringan nya.

Telefon dia berdering dengan panggilan seseorang tertera pada skrin telefonnya. Tetapi oleh kerana ia di dalam poket tuxedo nya tetapi oleh kerana ia di dalam mode vibrate, Taehyung gagal mengesannya.

Taehyung pula, kini terus mencapai kayu golf yang dia campakkan tadi. Nyawanya seakan bergantung pada kayu golf tersebut. Halkumnya naik turun. Peluh sejuk mula mengalir daripada umbun-umbun kepalanya.

Ianya seperti dalam situasi di dalam telemovie seram. Tetapi yang lebih menyeramkan, ia kini terjadi di alam nyata.

Nafas dia menjadi berat.

Langkahnya yang sedang menuju ke tingkat atas itu terasa lama. Tetapi dengan semangat, Taehyung melajukan pergerakkan nya ke atas. Apa yang dia mampu hanyalah berfikiran positif.

Sesampai sahaja di tingkat atas, dia terus menekan suis lampu. Kawasan gelap itu mula bersinar semula dan pandangan Taehyung tertancap pada jendela beranda yang ada di tingkat itu.

Ia terbuka.

Langsir yang digantung berterbangan dibawa angin malam. Pintunya terbuka dengan begitu luas, menandakan ada seseorang sudah semestinya masuk ke dalam rumahnya ini.

Taehyung gusar. Dia cuba mencari telefon dia di dalam poket seluar. Apabila menyedari bahawa ia tiada, Taehyung merengus.

Dia memandang sekeliling lagi, tiada sesiapa. Hanya kesunyian malam dan deruan angin yang masuk melalui jendela rumahnya.

Taehyung menggelengkan kepala. Dia terus menutup jendela tersebut kemudian turun ke bawah. Bertuahnya dia, tiada apa-apa yang berlaku. Kayu golf tersebut di biarkan jatuh di kawasan ruang tamu tersebut.

Dia penat, dia mahu tidur.

Taehyung membuka dua butang baju kemeja nya. Bow tienya di biarkan tertanggal pada leher lalu melabuhkan punggungnya di atas sofa. Kali ini, dia menarik nafas panjang kemudian melepaskan nya.

Tetapi segalanya terhenti apabila mata dia tertancap pada skrin televisyen dihadapan nya.

Ada sebilah pisau tertancap pada skrin televisyen tersebut, sekeping kertas terlekat padanya. Taehyung bangun, kemudian dia mencapai kepingan kertas tersebut.

Taehyung juga mencapai pisau itu, ianya pisau yang asing — tak, ianya bukan pisau.. tetapi dagger. Tanpa berlengah, dia terus membuka lipatan kepingan kertas tersebut lalu membacanya.

Hati Taehyung seakan terhenti. Wajahnya beransur pucat. Tekaknya kering. Kakinya longlai.

" perempuan hanya objek sahaja bagi aku "

Tulisan daripada kepingan huruf-huruf surat khabar tertampal pada permukaan kertas tersebut. Tangan Taehyung seakan mengeletar.

Dia tahu ayat ini.

 valentine.Where stories live. Discover now