• 06 •

872 197 47
                                    

TAPE 2/7
06

" Min Yoongi,

Dia seorang lelaki yang amat setia pernah aku jumpa.

Meskipun setiap kata-kata yang dia lontarkan kadang kala pahit untuk ditelan, juga dia seorang yang kasar.. aku rasa itu hanyalah personalitinya. Setiap orang ada sikapnya tersendiri dan begitu juga lelaki yang bernama Min Yoongi.

Apa yang aku nak beritahu adalah, dia seorang yang aku pernah jatuh cinta juga.

Bukan kerana wajahnya, bukan kerana pendiriannya. Tetapi sikapnya yang tersirat.

Pada mula, aku bencikan dia. Dia seorang yang kasar dan tak pernah berlembut dengan perempuan jadi siapa sahaja yang sukakan dia? Dia juga suka bersosial dan banyak orang mengatakan bahawa dia merupakan seorang yang alkoholik.

Aku percaya semua itu.

Kerana itulah aku bencikan dia.

Tetapi itu semua berubah.

Oleh kerana dia adalah salah seorang ahli bangtan boys, aku dapat mempelajari sikapnya. Semuanya bermula tatkala aku mula berapat dengan Taehyung sebaik sahaja teman wanitanya mati. Dengan ini, aku berkesempatan melihat sikap tersirat Yoongi.

Meskipun mulutnya sering meneguk alkohol, dia hanya mengutarakan kata-kata yang benar.

Meskipun dia kelihatan kasar, tetapi dia menjadi lembut apabila bertemu kanak-kanak dan tak lupa juga, haiwan jalanan.

Meskipun dia difitnah dengan pelbagai cerita buruk mengenai latar belakang dia, dia hanya membalas ia dengan senyuman.

Meskipun aku ditindas oleh kawan baiknya sendiri, dia masih datang melawat aku sambil menasihati aku.

Knock knock!

Dengan tubuh yang diselubung dengan kain mafla berwarna khaki kegemaran aku itu, aku berjalan ke arah pintu rumah utama. Memandangkan parent aku tiada di rumah kerana keluar ke pusat beli belah, aku ditinggalkan berseorangan.

" sabar ya. " balasku sepatah dengan suara yang serak basah. Aku membuka kunci selak pada pintu tersebut.

Tekak aku terasa perit setiap kali aku mengutarakan suara. Kepala aku juga masih pening dan badan aku terasa lemah. Perubahan drastik yang berlaku pada diri aku ini semuanya berpunca sebab Taehyung.

Hidup aku musnah kerananya.

Sebaik sahaja aku membuka pintu, mata aku bertemu dengan seorang lelaki yang amat aku kenali. Wajahnya terarah ke arah aku dan aku hanya memandang dia dengan eksperiasi terkejut.

Aku ingin menghempas pintu itu supaya tutup semula, tetapi Yoongi dengan pantas menahannya.

" pergi! Aku tak mahu berjumpa dengan sesiapa di antara kau lagi! " jerit aku dengan nyaring. Aku trauma melihat mereka, kawan-kawan yang berkomplot dengan Taehyung. Aku dengar Yoongi merengus mendengarnya lalu dengan segala kudrat yang dia ada, dia menolak pintu itu agar terbuka semula.

" jangan buat macam ni. " kata Yoongi dengan tercungap-cungap, dia menahan pintu itu. Wajah aku dengannya begitu dekat.

Dia terus masuk ke dalam rumah aku kemudian menutup pintu tersebut. Topi dan mask nya dibuka menampakkan rambut maroon nya yang berkilat.

Dia menyandarkan tubuhnya pada permukaan pintu itu lalu wajahnya perlahan-lahan terangkat lalu memandang aku. " aku call kau, kau tak angkat. Aku mesej kau, kau tak jawab. Apa masalah kau ha? " dia berkata dengan nada yang tegas. Rahangnya kelihatan tegang.

" tolong keluar sekarang, aku tak mahu jumpa kau atau sesiapa antara kau orang! Dan nanti Taeh- "

" Taehyung tak ada di sini! " Yoongi menengking.

Aku terdiam.

Yoongi mengeluh perlahan lalu menggaru belakang lehernya yang tidak gatal itu. Wajahnya masih lagi tegang seperti tadi.

" dengar okay? " Yoongi mengawal suaranya. Dia memandang aku dengan pandangan yang begitu dalam. " aku ke sini bukan untuk kenakan kau macam apa yang Taehyung buat. Aku bukan lelaki macam tu. " jelasnya dengan nafas yang berat.

" Aku ke sini untuk periksa keadaan kau. Kau kawan aku juga, ingat tu. "

Aku tak tahu ingin berkata apa. Wajahnya jelas menunjukkan bahawa dia tidak menipu dengan kata-katanya. Lagipun dia merupakan Min Yoongi. A man that holds his words.

Tanpa berlengah, Yoongi menghulurkan ke arah aku sebuah beg kertas yang penuh dengan barangan. Dia menundukkan wajahnya dan topinya dipakai semula, menutup wajahnya.

" hope this could make your day. "

Sejujurnya, dia tak adalah teruk mana.

Dan ianya ambil masa juga untuk aku menyedari yang aku sebenarnya jatuh cinta pada dia.

Tetapi, people change.

 valentine.Where stories live. Discover now