• 14 •

657 171 14
                                    

TAPE 4/7
14

" Kim Namjoon,

Dia seorang lelaki yang intelektual. Bukan sebarang lelaki yang kau boleh jumpa sama seperti dia. Dia lain daripada yang lain. Dia matang, juga sering bertindak menggunakan akal.

Pendek cerita, dia seorang yang boleh diharapkan. Typical pilihan untuk memilih calon suami yang baik.

Namjoon, dia bukan lah berkelakuan jahat sangat terhadap aku. Tetapi memandangkan dia juga sebahagian daripada kumpulan bangtan, aku tak boleh tolong untuk membenci mereka. Setiap antara mereka.

Jadi Namjoon... aku boleh kata yang dia adalah satu-satunya lelaki yang boleh dianggap baik di dalam kumpulan bangtan. Dia banyak memahami aku dan juga seorang pendengar masalah yang baik. Kau boleh berbincang dengan dia dan merasakan seperti ianya seperti kau sedang berbual dengan seorang pensyarah, even kaunselor.

Aku jatuh cinta pada dia, kerana kata-kata manisnya pada aku.

Disebabkan aku di homeschool kan, para guru aku hanya perlu datang ke rumah kemudian mengajar aku. Ianya selesa. Lebih selesa daripada sekolah biasa dan aku sukakannya.

Jadi satu hari, ibu beritahu aku bahawa ada seorang guru baru yang akan gantikan guru yang sepatutnya ajar aku itu. Aku hanya bersetuju tanpa banyak cerita. Tak baca info guru tersebut atau apa. Apa yang aku fikir hanyalah seorang guru lelaki yang lembik dan hanya bercakap dalam suara yang terhad.

Tetapi sangkaan aku meleset sama sekali.

Guru yang mengantikan aku itu merupakan Namjoon?

Ianya sangat pelik melihat Namjoon berpakaian seperti normal person. Dengan buku ditangan bersama kaca mata besar berbentuk bulat menghiasi wajah bujurnya itu.

Kelas kami buat kali pertama memang janggal. Kami berdua tak tahu nak cakap apa. Aku yakin dia juga tak tahu bahawa aku merupakan pelajarnya jadi aku dan dia sama-sama diam. Situasi kejanggalan itu seolah-olah memamakan kami. Wah, bagus.

Kemudian kelas seterusnya, aku sedar Namjoon mula bertindak lain daripada yang lain. "

 valentine.Where stories live. Discover now