VALENTINE DAY
08Yoongi memandang ke belakang apabila menyedari bahawa diri dia diperhatikan. Dadanya turun naik apabila melihat kepingan foto tersebut.
Dia tak percayakan gambar ini.
Mungkin ianya hanya diphotoshop sahaja? Hanya sesuatu yang orang mahu bergurau dengan dia. Ya, sudah tentu. Hoseok selalu melakukan perkara macam ini mungkin dia yang mengaturkan rancangan ini.
Dengan tergesa-gesa, dia mengeluarkan telefonnya. Tetapu hanya ada satu cara sahaja untuk memastikan nya sama ada ia benar ataupun tidak.
Nama Taehyung yang terpapar pada skrin ditekan. Dia kemudiannya melekapkan telefon tersebut pada telinganya, menunggu jawapan daripada hujung talian.
Tetapi sebaik sahaja mendengar balasan perkhidmatan telefon tersebut berbanding Taehyung, Yoongi mulai longlai.
" maaf panggilan anda tidak dapat disambungkan. "
Tetapi Yoongi tak berputus asa.
Dia cuba berfikir positif, memandangkan tadi Taehyung berkata yang dia ingin pulang kerumah kerana ingin berehat, mungkin sekarang lelaki itu sedang tidur kan? Sebab itu dia tak menjawab panggilan nya.
Ya, sudah tentu itu adalah jawapannya.
" hey weirdo. "
Yoongi memaling ke belakang dan apa yang dia lihat selepas itu adalah balingan batu konkrit tersebut ke arah wajahnya. Kemudian satu lagi, satu lagi dan satu lagi.
Yoongi rebah ke belakang. Kepalanya lecun dengan darah yang keluar pada mata, hidung dan mulut.
Yoongi pengsan.
•
YOU ARE READING
valentine.
Gizem / GerilimTHERE is one day, Di mana, kotak-kotak coklat menjadi penghiasan di hadapan kaca kedai. Warna merah merupakan warna nasional bagi hari tersebut. Bunga ros merah laris di pasaran. Di mana hubungan antara sang lebah dan sang bunga mekar. Ianya hari...