VALENTINE DAY
17
Jimin baring di atas katilnya sambil memandang siling yang langsung tidak menarik perhatian itu. Wajahnya langsung tak memaparkan sebarang emosi, tetapi hatinya panas kerana mengenangkan dia tidak dapat pergi ke majlis prom di mana kawan-kawan mereka pergi.
Semuanya kerana parentsnya mengutuskan untuk pulang hari ini ke rumah daripada overseas selepas beberapa tahun menetap di sana. Jadi mustahil lah jika dia meminta izin parents nya untuk ke majlis itu memandangkan parentsnya baru pulang.
Sudahlah pulang secara mengejut. Siapa sahaja suka?
Jimin bencikannya. Dia sepatutnya bergembira dengan kawan-kawannya di dewan sekolah. Dan malam ini... mereka sepatutnya sambung sleepover di rumahnya.
Jimin merupakan anak kepada pasangan politik. Disebabkan itu, parents Jimin selalu ke overseas atas urusan politik. Kerjakan itu, ini. Jadi masanya dengan parents memang jarang diluangkan.
Sehinggakan dia tawar hati dengan parentsnya.
Tetapi malam itu sunyi daripada biasa. Jimin langsung tak dapat terima mesej daripada kawannya langsung. Groupchat terasa sunyi. Jimin berdecit perlahan, memikirkan mungkin mereka sekarang terlalu sibuk bergembira untuk melayan dirinya.
Tiba-tiba, dia terdengar sesuatu.. seperti merangkak di permukaan atas siling biliknya. Jimin terus memandang ke silingnya semula. Pandangan nya serius.
Dia pelik. Apa pulak ni?
Tiba-tiba ada sekeping kepingan kertas di masukkan melalui bawah pintunya. Jimin terus terbangun apabila melihat kertas tersebut seakan berterbangan kemudian memaparkan beberapa tulisan surat khabar.
' kau patut mati '
Serentak, lampu biliknya terpadam.
•
ANDA SEDANG MEMBACA
valentine.
Misteri / ThrillerTHERE is one day, Di mana, kotak-kotak coklat menjadi penghiasan di hadapan kaca kedai. Warna merah merupakan warna nasional bagi hari tersebut. Bunga ros merah laris di pasaran. Di mana hubungan antara sang lebah dan sang bunga mekar. Ianya hari...
