• 23 •

651 171 9
                                    

VALENTINE DAY
23

Nafas Jungkook turun naik dan dia mengesot kebelakang. Mayat tersebut begitu mengerikan untuk dia tenungnya. Dia tahu identiti mayat tersebut begitu jelas. Air mata Jungkook mula bertakung apabila mindanya kerap mengulangi situasi tatkala dia melihat wajah mayat tersebut.

Dia berharap dia tidak melihatnya.

Baru sahaja dia menoleh kebelakang, dia ternampak seorang manusia berhoodie berlari kearahnya dengan pisau diangkat tinggi. Nafas Jungkook putus-putus. Dia tidak dapat menahannya. Terus, Jungkook bangun kemudian berlari daripada orang pelik itu.

Dia lari dan lari, tetapi tiba-tiba dia tersadung sekali. Nasib nya baik apabila dia tidak menghenyak wajahnya atau terutama sekali dagu— ketika dia jatuh. Kalau tidak, dia mungkin tidak akan pulih selamanya.

Jungkook terkejut. Baru sahaja dia mahu bangun semula, dia terpandang seorang lagi sekujur tubuh yang berada di hadapannya. Badan yang kini tidak bernyawa lagi.

Jungkook seakan ingin menangis apabila mendapat tahu bahawa ianya merupakan Min Yoongi.

Tiba-tiba lehernya direntap daripada belakang. Seseorang itu mendekatkan wajahnya pada sebelah telinga Jungkook kemudian memberitahu sesuatu.

" sekarang giliran kau. "

Dan leher Jungkook dirobek daripada belakang oleh orang tersebut membuatkan ia tersopak dan darah memancut daripadanya.

 valentine.Where stories live. Discover now