TAPE 5/7
19Dia beritahu... tak semuanya.
Lagipun aku pada mulanya seakan ragu-ragu dengan kata-kata yang dikeluarkan olehnya. Maksud aku.. mereka sekumpulan. Kemungkinan besar perkara ini mereka rancangkan.
Tetapi nak tak nak, ianya apa yang dia beritahu. Aku tak boleh paksa dia lagi. Walaupun dia tipu atau tidak... aku siapa ingin menentukan nya?
Jadi aku lepaskan dia.
Kemudian, pulang ke rumah.
Sebaik sahaja aku pulang ke rumah, aku sedar akan sesuatu. Keadaan di rumah aku menjadi begitu sunyi. Seperti tiada sesiapa di dalamnya. Aku juga mula mengesan satu benda yang membuatkan rasa tidak sedap hatiku mula muncul.
Ibuku, dia seakan tiada.
Aku terus mencari ke dalam dapur, bilik air dan juga biliknya. Tetapi, aku langsung tidak jumpa dia. Hati aku berdegup kencang dengan perasaan bercampur baur. Perasaan takut kehilangan ibu, kasih sayangnya, dan banyak lagi.
Lagipun, sepanjang aku hidup, aku tak pernah menyenangkan dirinya. Jadi jika aku kehilangan dia, aku tak mempunyai sesiapa.
Pandangan aku diganggu apabila aku menyedari di siling bilik aku seakan ada kesan cecair di atasnya. Cecair gelap. Perasaan tak sedap hati aku mulai berkuasa. Aku tak tahu mahu membuat apa pada mulanya kerana aku ketakutan.
Tetapi aku beranikan diri juga untuk ke atas loteng siling rumah. Perkara pertama yang aku lihat adalah sebilah pisau yang ada berhadapan dengan pintu tersebut.
Ia diselaputi darah.
Tangan aku mengigil, begitu juga bibir ku. Kaki aku terasa tidak berkudrat lagi tetapi aku gagahkan diri juga untuk ke permukaan siling tersebut.
Aku teruskan langkah aku sehinggalah aku berada di kawasan bilik aku; di mana aku nampak kesan cecair gelap itu.
Ternyata ianya darah. Seperti sebuah lopak darah yang bertakung di situ. Darah tersebut juga datang daripada tubuh ibuku sendiri.
Ya, dia dibunuh.
Kini, aku mulai faham kenapa hanya Jimin sahaja yang tunjukkan diri pada aku. Kenapa hanya dia, yang menjawab ke semua soalan aku. Aku juga serta merta tahu, yang aku hanya dipermainkan oleh dia memandangkan dia sendiri berkomplot dengan kawannya untuk menjahanamkan keluargaku.
Ya, mereka bunuh ibuku. Cinta sejati, dan tak mungkin ada peganti di dalam hidupku; dia, ibuku.
Oleh itu, sejak itu aku bersumpah. Bahawa mereka bakal menerima dendam aku nanti. Mungkin bukan hari ini, tetapi satu hari nanti. Aku yakin dan percaya.
Untuk peganti bagi roh ibuku, aku akan jadikan Jimin sebagai mangsa bunuh aku yang seterusnya. "
•
YOU ARE READING
valentine.
Mistero / ThrillerTHERE is one day, Di mana, kotak-kotak coklat menjadi penghiasan di hadapan kaca kedai. Warna merah merupakan warna nasional bagi hari tersebut. Bunga ros merah laris di pasaran. Di mana hubungan antara sang lebah dan sang bunga mekar. Ianya hari...