• 15 •

662 189 16
                                    


TAPE 4/7

Namjoon seorang yang senang memahami.

Aku suka bila dia letakkan diri dia pada dalam keadaan seseorang itu kalau seseorang itu memberitahu tentang masalahnya pada dia. Aku suka bila dia cuba yang terbaik untuk nasihatkan aku.

" jadi macam mana kehidupan kau sejak semenjak ini? "

Namjoon yang sedang menyelak kertas daripada helaian bukunya memandang ke arah aku. Wajahnya kelihatan ragu-ragu sama ada ianya okay ataupun tidak untuk dia menyoal soalan itu. Aku hanya membalasnya dengan sengihan.

" baik daripada sebelumnya. " tambah aku. Dia mengangguk perlahan kemudian memandang ke arah bukunya semula. Ketapan bibir dilakukan.

" aku dengar... Hoseok ada cuba membunuh kau. Itu benar? " soal Namjoon. Kali ini, dia langsung tak memandang aku. Mengenangkan tentang kejadian itu, aku mulai rasa debaran di hati. Entahlah, sejak kejadian itu aku memang selalu ada panik attack jika mengenangkan ia.

" ya. " balasku sepatah. Namjoon terhenti daripada menulis. " ibuku mahu membawa hal ini ke mahkamah. Memandangkan Hoseok bersalah tetapi aku tak tahu kenapa mereka lepaskan Hoseok juga. Lagipun, aku tak mahu hal ini dibesarkan. "

Namjoon tersengih. " tak sangka Hoseok begitu orangnya. " dia berkata dengan teragak-agak. Aku seakan pelik, tetapi hanya mengendahkan nya.

" kalau aku, aku akan cuba sedaya upaya untuk memasukkan orang yang cuba membunuh aku itu ke dalam penjara. Selagi dia masih hidup, aku takkan boleh hidup dengan tenang. " tambah Namjoon lagi. Aku memandang dia dan pen ditangan mula diturunkan. " benar? " soal aku.

" haah. " Namjoon mengangguk perlahan. Pandangan kami bertaut.

" semua orang ada hak. " tambahnya lagi.

Kesungguhan dia itu buatkan aku terharu.

Sungguh pun begitu, disebabkan aku ini sering terlupa dan selalu memaafkan seseorang itu, kesalahan yang sama aku lakukan pada Namjoon.

Aku maafkan dia.

Aku berikan dia peluang.

Sebab, ya, walaupun mereka begitu kejam dengan aku, aku ini naif orangnya jadi aku akan selalu memaafkan orang itu walaupun kesalahan mereka tak wajar di maafkan.

Aku bodoh, ya aku mengaku.

Aku anggap perkara ini remeh temeh tetapi sebenarnya tidak.

Semakin hari, Namjoon semakin dingin dengan aku. Dia semakin kasar dan caranya mengajar seperti nak tak nak. Aku seakan rasa serba salah. Tak tahu kenapa.

" yah! " Aku menjerit memanggil Namjoon.

Langkah lelaki itu terhenti sebaik sahaja aku menjerit padanya. Dia menoleh kebelakang kemudian memandang ke arah aku. Pandangan nya kelihatan lebih dingin daripada biasa, menghantar rasa tak sedap hati di dalam diri ini.

Namun walaupun begitu, aku beranikan diri ini.

" kenapa kau macam ni? " soal aku, dahi aku berkerut. " kalau kau tak mahu ajar aku, tak payah ajar. " tambah aku lagi. Namjoon seakan terdiam buat seketika. Daripada pandangannya itu, kelihatan seperti dia sedang fikirkan sesuatu.

Aku tak mahu dia menjadi seperti Yoongi.

Mahupun Hoseok.

" kenapa tiada sesiapa kesahkan tentang perasaan aku? " soal aku lagi dengan air mata mula bertakung pada tubir mata. Tanpa berkata, Namjoon meluru ke arah aku.

Aku ingatkan dia ingin menampar aku, atau menengking? Tetapi sangkaan aku meleset.

Dia mengusap wajah aku menggunakan tangan kanannya.

Pandangan aku tertancap padanya. Wajahnya setia memandang aku dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.

" sekali kau pelacur,
selamanya kau akan menjadi pelacur.
Itu adalah peraturan utama dalam kehidupan. "

Aku seakan tersentak. Pelacur? Apa?

" jadi, aku tak mahu pelajar aku merupakan seorang pelacur seperti kau. Kau ingat aku tak tahu apa yang kau dah buat pada Yoongi dan Hoseok sekaligus? Dan sekarang... pada aku? " soalnya dengan pandangan yang sinis.

Aku tak tahu ingin berkata apa. Lidah aku seolah kelu.

" tell your mom, I've done enough with you. I quit. "

Dan dia terus pergi, tinggalkan aku keseorangan.

Aku ditinggalkan dengan rasa keliru, sakit dan kecewa. Kesedihan yang aku lalui ini begitu menyakitkan. Sekaligus menghancurkan diri aku.

Hati aku sudah hancur disebabkan lelaki selama tiga kali. Termasuk ini, empat.

Walaupun yang lain sudah menyakitkan aku secara fizikal, tetapi Namjoon berlainan. Dia menyakitkan aku melalui mentaliti aku. Kata-katanya menusuk kalbu walaupun aku tahu aku tak lakukan nya.

Cuma keadaan sekarang membuatkan aku terfikir, mungkin ianya benar apa yang mereka katakan. Mungkin aku memang pelacur yang mereka gelarkan dan jijikkan.

Jadi Namjoon, kau mangsa ke empat.

Tetapi satu perkara yang aku tak faham, apa maksud Namjoon? "

 valentine.Where stories live. Discover now