TAPE 5/7
" Park Jimin,
Dia salah satunya ahli bangtan yang tidak palsu. Maksud aku, dia bukan seseorang yang berpura-pura seperti yang lain sebelum ini. Walaupun dia layan aku seperti sampah, tetapi aku tak kesah.
Yalah, meskipun aku tak lakukan perkara yang mereka fikir aku buat tetapi mereka fikir aku benar-benar lakukannya. Jadi aku tak ada cara untuk membuat mereka berfikir sebaliknya.
Kali ini, aku yang cari dia.
Kenapa? Aku tahu Jimin seorang yang jujur. Sejak kejadian Namjoon yang meletakkan jawatan sebagai guru tutor aku, kata-katanya sering menghantui aku.
Aku mahu tahu kebenarannya. Apa sebenarnya yang terjadi. Siapa, apa yang mereka cerita tentang aku.
Aku hanya mahu tahu itu.
Pada mulanya, aku mencari ahli yang lain juga. Terutama sekali Taehyung. Hajat aku hanya mahu berbincang dengan mereka secara baik. Tetapi mereka seakan lari daripada aku apabila aku cuba mencari mereka di sekolah.
Aneh sekali.
Aku teruskan pencarian aku. Tak tahu kenapa, aku begitu bersemangat untuk ketahui kebenarannya. Kalau tidak, aku tak boleh tidur dengan tenang, buat kerja dengan tenang. Banyak lagi.
Jadi aku yakin dengan keputusan aku. Walaupun aku tahu, aku mungkin akan dicederakan lagi oleh mereka. Kalau bukan dengan fizikal, tetapi dengan mental.
Oleh itu, aku tak teragak-agak mahu melakukan pengunguman di sekolahnya untuk berjumpa dengan kumpulan bangtan ini. Nama penuh mereka juga aku sebut.
Kelakarnya, hanya Jimin yang bertindak untuk munculkan diri.
Meskipun dia seolah-olah kelihatan benci dengan kedatangan aku, tetapi dia tetap memberikan kerjasama dengan aku. Ada jugalah bantuannya serba sedikit tetapi aku seakan tahu dia juga ada menyorokkan sesuatu.
Aku.. hanya tahu.
Daripada eksperiasinya, nadanya, tindakan nya. Semuanya jelas.
Ini yang aku suka terhadap Jimin, dia tidak pandai menipu orang. He's such a bad liar and that's just my luck.
Hasilnya, dia hanya beritahu aku serba sedikit sahaja. Dia beritahu tentang ada orang sampaikan berita tersebut pada mereka dan mereka percayakan nya memandangkan orang itu mempunyai bukti kukuh. Tetapi apabila aku menyoal siapakah gerangan tersebut, dia seolah-olah terpinga-pinga.
Matanya berkelip tiga kali, dia sedaya upaya cuba mengalihkan wajahnya daripada memandang aku. Jari jemarinya pasti akan melakukan sesuatu ketika dia resah.
Jadi sekali lagi aku tanya dia.
Tetapi kali ini, nada suara aku terselit nada tegas dan tidak bermain dengan apa yang aku mahukan daripadanya.
Dan aku juga memberitahu dia.
•
" kau tahu tak kenapa semua ini berlaku antara aku dan Taehyung? " soal aku padanya. Wajah Jimin seakan terdiam tanpa berkutik. Dia berpura tidak dengar. Bertapa degilnya dia— aku juga tidak tahan.
Tetapi untuk kebenaran dan hak aku, aku tahan.
" ia bermula ketika aku menyoal dia satu soalan yang mudah sahaja pada dia. " aku mendekatkan diri aku padanya. Jimin mula melirikkan matanya ke arah aku dan mata kitorang bertemu.
" kenapa, kau bunuh teman wanita kau pada malam itu? " aku memimik soalan yang aku tujukan pada Taehyung. Reaksi Jimin sama seperti apa yang aku jangkakan.
•
Dan akhirnya, dia beritahu aku.
•
ANDA SEDANG MEMBACA
valentine.
Mystery / ThrillerTHERE is one day, Di mana, kotak-kotak coklat menjadi penghiasan di hadapan kaca kedai. Warna merah merupakan warna nasional bagi hari tersebut. Bunga ros merah laris di pasaran. Di mana hubungan antara sang lebah dan sang bunga mekar. Ianya hari...
