VALENTINE DAY
20Jimin merasakan seperti ada seseorang memegang lengannya.
Dalam keadaan yang gelap gelita, Jimin tak tahu arahnya ingin kemana. Dia cuba mencari dinding di mana suis biliknya berada tetapi rentapan seseorang pada lengannya membuatkan segala tindakannya terhenti.
Tubuh dia kaku. Dia dapat rasakan bertapa sejuknya peganggan orang tersebut. Yang pasti, dia tidak tahu siapakah gerangan itu. Parentsnya? Dia yakin mereka sedang enak diulit mimpi pada waktu sekarang ini.
Jadi siapakah gerangan ini?
" lepaskan aku. " dengan berani, dia bersuara. Walaupun nadanya kedengaran bergetar. Dia memberanikan diri.
Tetapi orang itu hanya mendiamkan dirinya. Menambahkan keheningan situasi tersebut. Bulu roma Jimin mula menegak. Dia mulai dapat rasakan sesuatu yang aneh pada orang tersebut.
Buat sekelip mata, Jimin mulai rasa seperti ada kain meliputi lehernya. Dia mulai cemas. Cuba menanggalkan kain tersebut dan melawan orang yang berada di sisinya tetapi orang itu seakan sudah menggari kedua tangannya dibelakang tanpa dia sedari.
Jimin buntu, dia mulai sedar yang dia sudah terperangkap.
" aku akan menjerit jika kau buat begini pada aku. " tambahnya dengan hati yang berpura-pura tenang. Jimin tak mahu menyerah kalah. Dia bukan sesenang itu. Jadi dia menghadapinya dengan penuh berani walaupun dirinya yang sebenar merupakan seorang lelaki yang kecil— tak kuat.
Pergerakkan orang itu terhenti buat seketika tetapi selepas itu, dia sambung semula pergerakkannya. Jimin menjadi cemas lagi.
Dia cuba untuk larikan diri, tetapi dia mulai rasa seperti ada sesuatu benda yang tajam terbenam pada abdomennya.
Pergerakkannya kaku semula.
" terima kasih memberikan aku maklumat palsu tentang kau orang. "
Orang itu berkata dan Jimin seakan terpana. Suara itu, dia tahu siapa kepunyaan nya. Matanya berair apabila dia mulai merasai kesakitan pada abdomennya pada seluruh sendi. Wajah Jimin bertukar pucat.
" hyu — "
Terus, Jimin merasakan seperti kain yang diikat pada lehernya diketatkan dan ia membuatkan tubuhnya terangkat tinggi — orang itu menggantungkan dirinya.
Sudahlah ditikam, kemudian digantung. Tidak sangka pengakhirannya begitu tragis.
•
YOU ARE READING
valentine.
Mystery / ThrillerTHERE is one day, Di mana, kotak-kotak coklat menjadi penghiasan di hadapan kaca kedai. Warna merah merupakan warna nasional bagi hari tersebut. Bunga ros merah laris di pasaran. Di mana hubungan antara sang lebah dan sang bunga mekar. Ianya hari...