• 13 •

713 193 16
                                    

VALENTINE DAY
13

Namjoon berjalan di tempat kawasan perjalanan kaki. Tempat perjalanan kaki tersebut disinari dengan cahaya-cahaya lampu tiang sahaja. Sekali sekala, dia meniup bubblegumnya menjadi sebuah belon kemudian mengunyah ia semula.

Ianya malam yang cukup gembira, buat Namjoon.

Di mana, dia akhirnya dapat bersama dengan gadis yang dia sukakan selama beberapa tahun lepas kini sudi menjadi pasangan promnya. Sambil tersenyum kambing mengenangkan situasi tadi di dalam dewan, dia berjalan dengan senang hati.

Hari ini, merupakan hari yang tidak akan lupakan. 14 Februari, ya, dia akan ingat tarikh itu sampai bila-bila.

Sedang elok dia melayan bayangan di dalam mindanya, tiba-tiba kelihatan seperti ada sebuah kedai runcit yang tak berjauhan dengan nya. Ia masih lagi menyala, menandakan ia masih lagi beroperasi.

Dahi Namjoon  berkerut melihatnya. Bukankah selalu kedai runcit ini tutup awal? Kenapa sekarang ia beroperasi sehingga lewat malam? Pertanyaan demi pertanyaan mula timbul di minda, tetapi sikitpun Namjoon tak dapat jawab salah satunya.

Memandangkan ianya merupakan kedai runcit, ada baik dia pergi membeli bubblegum lagi. Bubblegum kegemarannya, berperisa watermelon.

Tanpa memandang kekanan mahupun kekiri, Namjoon melintas. Sedang dia berjalan, sesekali dia tersadung sesuatu membuatkan diriannya tak stabil. Mujur dia tidak tersungkur.

Namjoon berdecit perlahan. Dia merasakan jari jemari kakinya mulai sakit akibat melecet. Almaklumlah, sekarang dia memakai tuxedo lengkap bersama kasut kulit yang digilap kilat. Jadi dia tidak biasa.

Namjoon bukan seorang yang suka berformal sangat sehinggakan memakai tuxedo. Tetapi oleh kerana ianya prom, dia terpaksa.

Dia melangkah masuk ke dalam kedai runcit tersebut. Namjoon mula merasakan angin daripada penghawa dingin. Sesekali dia terasa kesejukan tersebut sehingga ke tulang temulangnya.

Matanya terhinggap pada si penjaga kaunter. Kelihatan ada seorang lelaki? Memakai topeng bagi pari-pari cupid pada wajahnya. Tambahan pula, lelaki tersebut juga memakai hoodie hitam. Hanya itu sahaja yang Namjoon dapat beritahu mengenai lelaki tersebut.

Ianya pelik. Hari ini merupakan Valentine, bukan Halloween.

Namjoon hanya endahkan si penjaga kaunter tersebut. Dia seakan dapat rasa yang dirinya diperhatikan oleh penjaga itu. Lama kelamaan, dia menjadi tak selesa. Sudahlah hanya dia seorang sahaja di dalam kedai itu.

Namjoon meluru ke arah kaunter apabila melihat bubblegumnya tiada di rata-rata rak. Wajah nya kelihatan berkerut seribu. Baru sahaja dia ingin membuka mulut; menyoal di mana bahagian bubblegum kegemarannya itu, si penjaga kaunter tersebut hulurkan sesuatu.

Ianya bubblegum yang Namjoon gemari.

Bersama perisa yang sama ; watermelon.

" wow bro. " Namjoon seakan terkedu. Si penjaga kaunter ini kenal dia ke? Macam mana dia tahu? Apabila dilihat semula, bubblegum ini memang tak di letakkan di rata-rata rak. Jadi macam mana...?

" uhm, berapa? " Namjoon mula mengeluarkan duitnya. Ianya jumlah yang banyak. Dan si penjaga kaunter tersebut hanya berdiri kaku di hadapan kaunter, wajahnya diarahkan tegak ke arah Namjoon.

" nah. " Namjoon hulurkan duit tersebut. " just keep the change. " tambahnya lagi. Matanya memandang ke arah lelaki tersebut dengan perasaan ragu-ragu bercampur curiga.

Melihat lelaki itu langsung tak menunjukkan sebarang reaksi, Namjoon mula merasakan situasi tersebut menjadi hening dan menakutkan.

Sudahlah pakai topeng, pelik pula tu.

Tiba-tiba lelaki tersebut meletakkan sehelai kertas di atas meja yang tulisannya ditampal dengan beberapa huruf daripada kertas surat khabar.

Mata Namjoon terbuntang apabila membacanya. Dia mulai mengundur kebelakang. Dadanya berdegup kencang pada setiap saat. Nafas Namjoon mula tersekat.

' sekali kau pelacur,
selamanya kau akan menjadi pelacur.
Itu adalah peraturan utama dalam kehidupan. '

 valentine.Where stories live. Discover now