• 07 •

774 189 32
                                    

TAPE 2/7
07

Hari-hari aku selepas itu bersinar dengan kehadiran dia. Aku kini ada harapan baharu untuk teruskan hidup. Tetapi memandangkan aku di homeschoolkan, aku tak dapat berjumpa dia dengan kerap.

Mujur, dia selalu call aku dan mesej untuk menyoal perkembangan aku.

Satu hari, dia berhenti lakukannya.

Aku tertanya, kenapa? Tetapi hati aku kuat mengatakan, mungkin dia sibuk dan tak sempat? Aku cuba berfikir dengan positif terhadap keadaan Yoongi.

Tetapi kehidupan melambangkan pusingan roda. Roda berpusing, ada masa ia berada di atas, ada masa ia berada dibawah. Ada masa kehidupan kita baik, ada masa kehidupan kita teruk.

Dan aku sedar, saat teruk aku mulai tiba.

GEDEGANG!

Tingkap rumah aku pecah dengan balingan baru konkrit yang bertubi-tubi, menganggu masa makan malam aku dan keluarga.

Wajah kami semua dipaling kan ke arah tingkap yang sudah pecah itu. Makanan yang berada di dalam mulut aku mulai terasa tawar dan pahit.

Lamunan aku terhenti sebaik sahaja aku mendengar kerusi yang diduduki oleh ayah diseret kebelakang. Ayah ku meluru ke tingkap tersebut dan mencapai batu konkrit tersebut. Dia meluru ke arah tingkap dan sekelip mata, satu balingan batu dibaling lagi.

" ayah! "

Ia terkena tepat pada kepala ayahku. Tubuh ayah jatuh kebelakang dan serentak, kedengaran gelak tawa beberapa orang remaja di luar.

" rasakan pelacur! " Jerit remaja tersebut.

Ibu terus meluru ke arah ayah kemudian memeriksa keadaan Ayah. Dia terus menelefon ambulans dan aku terus meluru ke arah tingkap, melihat siapa gerangan tersebut.

Kelihatan Orang yang aku benci, kawannya, bangtan berdiri di luar dengan beberapa batu ditangan. Tetapi orang yang membaling batu tersebut merupakan, Yoongi.

Aku bersumpah, hati aku hancur melihatnya. Sekali lagi.

" oh, itu dia " jerit salah seorang daripadanya. " baling! "

Dan pada masa yang sama, mereka membaling batu tersebut bertubi-tubi. Tepat ke arah aku. Aku menahannya dengan kedua tangan. Sekali sekala, ia terkena pada kepala aku dan juga wajah. Sakit, memang. Tetapi sakit lagi hati ini. Air mata bertakung pada tubir mata aku.

Pada masa yang sama, Ibu menarik aku daripada berdiri di situ. Dia memarahi aku kerana membiarkan lelaki-lelaki itu membaling batu ke arah aku seperti aku memang patut terimanya.

Dan kata-katanya membuatkan aku ingat sehingga sekarang.

" jangan biarkan mereka jatuhkan kau, lawannya selagi kau mampu. " dia memandang aku dengan pandangan mata yang berair. Ayah yang terbaring pada ribanya dengan kepala yang masih mengalirkan darah kini sudah tidak sedarkan diri lagi.

" kalau kau lemah, kau bukan anak aku. "

Jadi disinilah aku sekarang. Aku akan lawan, selagi aku mampu.

Bagi Yoongi, Aku mulai tahu bertapa palsunya diri dia.Kelemahan dia hanya satu, Dia mudah mempercayai kata-kata orang di sekelilingnya.

Itu membuatkan, Min Yoongi merupakan mangsa kedua bagi mangsa yang aku mahu bunuh. "

 valentine.Where stories live. Discover now