TAPE 3/7" Jung Hoseok,
Lelaki ini memang ceria orangnya.
Di samping membuatkan orang tertawa dengan karenah juga kata-kata dia, dia juga pandai menasihati orang dikala mereka perlukan ia. Dia sangat membantu. Sangat sesuai untuk dijadikan kawan baik. Juga seseorang yang suka berikan harapan dan motivasi pada kawannya untuk terus berjaya.
Seseorang itu adalah seorang yang bertuah jika memiliki dirinya sebagai kawan baik.
Sejujurnya, aku cemburu dengan dia.
Dia selalu bergembira. Dia selalu tersenyum. Sungguh menghiburkan dan sangat peramah. Cukup senang untuk berkawan dengan dia. Dirinya yang selalu openminded dengan segala hal amatlah aku minat. Bukan senang untuk jumpa seseorang seperti Jung Hoseok.
Satu perkara yang aku sering lupa tentangnya, dia juga manusia.
Jadi aku selalu terlupa, sama ada dia ada masalah ataupun tidak? Dia bersedih? Sebab daripada caranya berkata dan karenah, dia nampak seperti hidup dalam dunia yang cukup indah dan sempurna.
Aku sering lupakan itu, dan dia juga seorang lelaki yang amat pandai berlakon.
Ianya hampir 3 tahun selepas kehidupan teruk aku berlalu. Mereka kini tak mengacau ketenteraman keluarga kami lagi sebab kami akhirnya pindah ke negeri yang jauh daripada mana kami tinggal.
Bagusnya, segala hal yang diadakan di situ semuanya berjalan lancar. Perkara atau masalah yang aku harungi sebelum ini kini mulai pudar. Aku mulai lupa tentangnya. Ibu dan bapa aku juga begitu.
Malangnya, malam itu, pada hari di mana mereka menyerang rumah aku dengan beberapa batu konkrit, ayah dibawa ke hospital tetapi malang sekali ambulans datang begitu lambat menyebabkan ayah kehilangan banyak darah dibahagian otak dan kerangka tulang ayah pecah di bahagian kepala.
Oleh itu, di bahagian otak ayah tercedera teruk. Dia meninggal dunia.
Jadi ibu utuskan untuk pindah daripada rumah tersebut. Berkata bahawa keluarga kami mulai disumpah atau apa. Kehidupan aku di sini bukannya sempurna sangat pun walaupun tiada bangtan. Keadaan ibu aku semakin hari semakin teruk. Dia berkelakuan aneh dan kadang-kala dia ketawa seorangan.
Mendengar tawa ibu, mengingatkan aku pada Hoseok. Di mana dia kerap membuatkan aku ketawa seperti itu ketika aku rapat dengan mereka. Tetapi ingatan itu dengan segera aku pudarkan semula. Aku tak mahu mengingati salah seorang daripada mereka pun. Aku tak mahu.
Satu hari, aku pulang semula ke bandar asal aku tanpa pengetahuan ibu. Aku mengambil kereta api untuk ke sana jadi ia tidak mengambil masa yang begitu lama.
Sebaik sahaja aku sampai, aku lihat bertapa teruknya keadaan rumah aku. Banyak handspray perkataan dan tulisan yang tidak bagus terlakar pada dinding rumah tersebut. Malah, cermin yang pecah akibat serangan batu konkrit beberapa tahun lepas juga masih belum dibaiki.
Aku seakan ingin menangis tetapi semua itu terbatal sebaik sahaja seseorang menegur aku.
•
" hey? " sapanya.
Wajah aku automatik tertoleh kebelakang. Kelihatan Hoseok berdiri dihadapan aku sambil menuntun basikal ke arah aku. Wajahnya nampak begitu blur melihat aku di hadapan rumah yang cukup teruk bersama air mata bertakung di tubir mata.
" apa kau buat di sini? " soal Hoseok dengan nada mendatar. Aku dapat rasakan seperti dia tak suka kedatangan aku ke dalam bandar ini. Terus, aku menundukkan wajah. " a-aku nak periksa rumah sahaja. " jelasku perlaham kemudian cuba menjauhkan diri aku daripadanya.
" kau tak sepatutnya ada di sini. " Hoseok menggaru belakang lehernya yang tidak gatal. Dia memandang ke arah rumah aku buat seketika dan tanpa aku sedari, dia merenungnya.
" Kalau Taehyung nampak kau, mati kau dikerjakan oleh dia. " balasnya lagi kemudian matanya hinggap pada mataku. Langkahnya dihentikan betul-betul di hadapan aku berada.
" hm, baiklah aku balik. " Hoseok mengerengkan kepalanya ketepi kemudian dia mengangkat kening. " kau menipu kan? Ada sesuatu kau nak buat di sini. " Hoseok meneka. Ternyata tekaannya tepat.
Aku mengeluh perlahan. Dalam hati ini sudah pun mencarut seribu bahasa.
" tak mengapalah, kalau memang kau ke sini untuk periksa saja. Aku faham. Oh ya, hari nak malam.. kau nak aku temankan kau ke stesen kereta api? " soalnya dengan senyuman kecil. Senyuman ikhlas.
Waktu tu, aku ragu-ragu dengan dia. Selepas apa yang terjadi antara Yoongi dan aku, aku tak rasa aku boleh percayakan Hoseok. Malah, Hoseok sekumpulan dengan Taehyung. Tak mustahil dia lakukan semua ini dengan ikhlas.
Aku ragui dia. Sungguh.
•
YOU ARE READING
valentine.
Mystery / ThrillerTHERE is one day, Di mana, kotak-kotak coklat menjadi penghiasan di hadapan kaca kedai. Warna merah merupakan warna nasional bagi hari tersebut. Bunga ros merah laris di pasaran. Di mana hubungan antara sang lebah dan sang bunga mekar. Ianya hari...