• 24 •

767 173 15
                                    

TAPE 7/7
24

" Kim Seokjin,

Kami begitu rapat. Walaupun selepas apa yang terjadi pada aku terhadap kawan-kawannya, dia tetap mengambil berat tentang aku selepas menjumpai aku di hospital sakit jiwa di mana bapanya bekerja.

Oleh kerana bapanya sering membawa dia ke hospitalnya untuk membuat beberapa hal, Seokjin akan selalu menjumpai aku. Kami selalu berbual, bergurau senda dan banyak lagi.

Meskipun begitu, keadaan diri aku masih lagi belum pulih. Aku tinggal di sini. Emosi dan fikiran aku bercelaru tatkala aku cuba berfikir dan jika aku push diri aku untuk memikirkan sesuatu perkara, aku mungkin akan gila sepenuhnya.

Bandingkan dia daripada semua ahli bangtan, dia yang paling sempurna.

Dia ada ke semua perangai dan sikap bagus daripada kawan-kawannya. Begitu unik sehinggakan aku terhutang budi sangat dengannya atas segala apa yang terjadi.

Dia sudi menemani aku walaupun dia tahu yang aku tak perlukannya— atau mungkin, ianya memang benar.

Dia mendengar segala tentang rahsia yang aku tak pernah beritahu sesiapa. Tentang Taehyung. Tentang yang lain. Kebenaran bagi situasi semuanya.

Dan dia memahami aku. Sikitpun dia tidak memberikan pandangan jijik pada aku.

Aku terharu dan hargai kan itu.

Akhirnya, aku juga dengarkan perkara benar daripada Kim Seokjin. Kali ini, aku percaya bahawa segala yang dia katakan memang benar berdasarkan ke atas beberapa kesamaan dalam hal itu.

Jadi, apabila mendengar kebenarannya.. aku sedar dendam bukan lah segalanya. Aku faham, aku ketahui apa sebenarnya punca semua ini jadi aku mengutuskan untuk tak melawannya.

Aku tak mahu — aku nak hentikan semua ini.Mungkin kehidupan aku bukan lah seindah mana, tetapi aku tak mahu yang lain terimanya sama seperti nasib ku juga. Bagi aku, lebih baik jika kita membuat salah tersebut, kita yang menerima kesannya sendiri. Tak libatkan orang lain. 

Jadi, aku utuskan untuk bebaskan mereka. "

 valentine.Where stories live. Discover now