VALENTINE DAY
25" Seokjin? "
Seorang gadis yang berada di atas katilnya terpinga-pinga melihat lelaki tersebut berada di hadapannya. Lelaki itu berpegang beberapa keping gambar polaroid yanh begitu banyak. Ada enam kepinh ke semuanya— mungkin.
Gadis itu seakan curiga. " kenapa datang lewat malam begini? " soalnya lagi. Gadis itu berada di dam bilik mental rawatnya. Di mana di seluruh dinding bilik tersebut penuh dengan bantal-bantal lembut untuk pesakit tak cederakan diri mereka.
Seokjin meluru ke arah katil gadis itu kemudian meletakkan kepingan polaroid itu. Gadis itu nampak begitu pelik tetapi dia ambil huluran gambar yang diberikan oleh Seokjin. Mata nya membuntang.
" kau— "
" aku lakukan semua ini untuk kau, Hannah. " Seokjin membuka hoodnya kemudian memandang Hannah dengan pandangan yang begitu mengharap.
" hadiah valentine aku berikan untuk kau. " tambahnya lagi.
Hannah seakan terdiam. Wajahnya nampak tidak memberikan sebarang reaksi. Matanya yang bulat besar itu memandang ke arah Seokjin seperti seekor burung hantu.
Hannah perlahan-lahan bangun daripada katilnya. Dia meluru ke arah Seokjin dan Seokjin hanya memandang dia— setia.
" oh Seokjin. " Hannah tertawa halus, dia mengusap wajah lelaki itu dengan begitu lembut seperti wajah lelaki itu merupakan sebuah kaca yang kerap pecah. Seokjin hanya membiarkannya.
Tiba-tiba Seokjin merasakan seperti ada sesuatu yang tajam tertancap pada dada— di bahagian jantungnya.
Seokjin terpana.
Matanya menurun ke arah Hannah yang menikam dadanya menggunakan garfu ditangan. Seokjin memandang ke arah sebelah katil Hannah dan mendapati ada dulang makanan yang Hannah masih belum habiskan. Seokjin tersentak, matanya berair.
" terima kasih, jin-ah. " kata Hannah dengan suara halus. Di dalam kegelapan malam itu, dia mampu mengukirkan senyuman kecil yang sungguh menyeramkan.
" jadi ini adalah hadiah valentine kau. Aku akan simpan hati kau selamanya! "
Seokjin terduduk apabila Hannah cuba mengopak kulitnya menggunakan sebatang garfu. Hannah kelihatan teruja. Tetapi Seokjin tidak— dia terkejut dengan apa yang terjadi sebenarnya.
Hannah berjaya mengopak. Ketulan daging dikelurkan dan darah mencurah-curah keluar. Hannah tak henti-henti ketawa.
Sebaik sahaja melihat bentuk hati Seokjin, Hannah cuba menariknya keluar dengan menggunakan sepasang tangannya. Dia menarik dengan begitu kuat sehinggakan Seokjin mengerang kesakitan, kemudian tubuhnya terbaring.
Hannah tertawa sekali. Dia memotong bahagian hati jantung Seokjin. Darah terpancut terkena wajahnya dan tawa Hannah semakin galak. Seokjin mulai lemah— nyawa nya dihujung tanduk.
Tak dia sangka segala ini akan terjadi.
Hannah akhirnya berjaya mendapatkan jantung Seokjin. Dia memeluknya erat.
" aku janji, aku akan jagakan nya sebaik mungkin! "
— LAST VALENTINE END —
YOU ARE READING
valentine.
Misterio / SuspensoTHERE is one day, Di mana, kotak-kotak coklat menjadi penghiasan di hadapan kaca kedai. Warna merah merupakan warna nasional bagi hari tersebut. Bunga ros merah laris di pasaran. Di mana hubungan antara sang lebah dan sang bunga mekar. Ianya hari...