TAPE 6/7
22" Jeon Jungkook,
Hm... tiada banyak perkara pun yang aku boleh katakan tentangnya. Lagipun kitorang tidaklah rapat mana.
Tetapi hanya ada satu perkara.
Dahulu kami merupakan kawan baik sewaktu sekolah rendah — dan.. tadika. Kami memang rapat sehinggakan berjanji untuk tidak berpisah. Memandangkan ianya merupakan janji kanak-kanak — sudah tentu ianya tidak bertahan lama dan langsung tak mempunyai maksud apa-apa.
Itu hanyalah hubungan kami.
Tetapi sewaktu kami berkawan semasa kecil, Aku dan Jungkook selalu berangan-angan yang kami akan bersama selamanya. Aku sering memberitahu dia bertapa aku sukakan nya dan sayangi dia. Dia juga melakukan yang sama. Kami rapat— bagai isi dan kuku. Di mana-mana sahaja kami berkepit.
Tetapi sejak dia berjumpa Bangtan, dia berlainan. Dia kini tidak lagi berkawan dengan seseorang seperti aku. Malah, dia hanya menganggap hubungan kami hanyalah berkawan biasa sahaja. Jadi sejak perkara buruk seperti ini berlaku— dia langsung tak muncul di dalam hidup aku ini.
Tetapi satu hari, dia muncul pada hari pengebumian kematian ibuku.
Aku terkejut. Tak banyak yang datang, tetapi Jungkook datang, bersama parentsnya. Dia kelihatan terpaksa tetapi aku hanya endahkan dia.
Jika boleh, di saat aku melihat wajahnya sahaja aku mahu menjerit dan mengamuk di situ. Tetapi apabila mengingati bahawa ini merupakan kali terakhir untuk aku berikan perhomatian pada ibuku, jadi aku kawal segala tindak tanduk ini supaya tidak keterlaluan.
Walaupun dalam ini sudah menggila.
Pada akhir sebelum majlis itu tamat, mataku sudah bengkak dengan air mata, aku terduduk di hadapan kubur ibuku kemudian aku menangis semahu-mahunya. Aku bagaikan kehilangan kedua sayapku, semangat dalam kehidupan aku tiada.
Lebih teruk, aku keseorangan.
Kemudian Jungkook datang ke arah aku. Tangannya memegang bahu kemudian dia mengusapnya perlahan.
Hanya itu, lalu dia berlalu pergi.
Tetapi sebelum dia berlalu pergi, aku terus bangun kemudian meluru ke arahnya. Anginku panas, aku tak dapat menahan lagi api kemarahan ini. Kawalan diri aku mulai tiada batasnya.
Aku meluru ke arah dia kemudian memusingkan badannya. Wajahnya aku tumbuk dengan sekuat hati menyebabkan lelaki itu tersungkur ke belakang. Parentsnya terkejut dengan tindakan aku tetapi aku hanya membiarkannya.
" oh jangan berpura dengan aku apabila kau dan kawan sekutu kau tu yang rancang semua ini! Puas lah hati kau bila dapat membalas dendam kesumat kau pada keluarga aku?! Puas?! " aku menengking dengan seluruh tenaga. Tekak aku terasa begitu sakit apabila melakukannya.
Jungkook seakan terpana. Dia memegang bahagian wajahnya yang ditumbuk oleh aku dengan pandangan begitu terkejut.
Aku terduduk. Air mata mengalir lagi dengan deras pada wajah. Buat kesekian kalinya, aku menangisi perkara yang sama. Aku kini tiada sesiapa untuk bergantung. Ya.
Tiba-tiba aku teringat bertapa sukanya mereka apabila tahu bahawa kehidupan aku sebenarnya teruk selepas kejadian itu. Aku tertawa. Semakin lama, semakin galak tawa aku. Orang sekeliling mula memandang aku dengan pandangan curiga dan takut.
Aku tak tahu, perasaan yang aku alami sekarang begitu bercampur sehinggakan aku tidak dapat berfikir dengan waras.
Dan Jeon Jungkook... hanya melihatnya dengan wajah yang tak berperasaan langsung.
Waktu itu, aku terus meluru ke arahnya kemudian mencekik leher dia. Genggaman aku begitu kuat dan kasar sehinggakan dia tidak dapat membuat apa-apa. Senyuman terukir pada wajah ini.
" jika mereka mati, kau orang pun pasti mati. " balasku.
Dan aku bersumpah sehingga ke harini, aku akan menunaikannya. "
•
YOU ARE READING
valentine.
Mystery / ThrillerTHERE is one day, Di mana, kotak-kotak coklat menjadi penghiasan di hadapan kaca kedai. Warna merah merupakan warna nasional bagi hari tersebut. Bunga ros merah laris di pasaran. Di mana hubungan antara sang lebah dan sang bunga mekar. Ianya hari...