VALENTINE DAY
16Namjoon tak tahu ingin kata apa. Tubuhnya kaku melihat kata-kata yang terpapar pada permukaan kertas tersebut. Kejadian yang berlaku daripada perkataan yang dia katakan itu kini menyinggah di minda.
Namjoon tahu dia patut pergi daripada situ sekarang. Ya, sekarang.
Dia tak tahu kenapa, tetapi dia yakin, ianya bukanlah idea yang bagus untuk pergi dan masuk ke dalam kedai runcit ini. Dia telah lakukan sebuah kesilapan yang besar.
Tiba-tiba lelaki itu meletakkan sekeping gambar di atas permukaan kaunter tersebut. Namjoon melihatnya. Ianya seakan sekujur mayat yang sudah mati. Mati dalam keadaan yang mengerikan.
Namjoon terpana apabila melihat ianya merupakan Taehyung.
Kemudian kepingan yang lain diletakkan lagi di atas meja kaunter tersebut.
Kali ini merupakan perkara yang sama. Sekujur mayat yang sudah mati. Dalam keadaan mengerikan. Ianya Min Yoongi.
Namjoon seakan mahu terduduk, tetapi rak barang di belakangnya menghalang. Peluh lecun pada wajahnya.
Kemudian satu lagi, gambar yang sama tetapi kelihatan mayat tersebut ditangkap daripada puncak bangunan. Kelihatan seperti ada orang terbaring di permukaan bawah bangunan tersebut dengan darah mengalir daripada wajahnya.
Kepingan satu lagi diletakkan di atasnya.
Kali ini gambar tersebut ditangkap begitu dekat dengan mayat tersebut. Wajah mayat itu mula kelihatan. Ianya Hoseok.
Jung Hoseok.
Namjoon tak tahu ingin memberikan reaksi apa. Dia benar-benar terkejut. Dan kemungkinan besar.. lelaki ini merupakan pembunuhnya memandangkan dia mempunyai segala gambar mayat tersebut.
Namjoon mula mengundurkan dirinya daripada lelaki itu. Dia terjatuh, tetapi dengan begitu pantas dia bangun semula. Lelaki yang bertopeng itu hanya melihat dia, sebelum dia mengambil sesuatu daripada bawah kaunter tersebut.
Ianya pisau.
Namjoon mengelabah. Nafasnya tersekat-sekat dan degupan jantungnya mula kedengaran. Dia terus berlari ke arah pintu keluar.
Tetapi kakinya ditangkap. Dia tersungkur kehadapan menyebabkan dagunya terhentak pada lantai. Namjoon ingin mengerang kesakitan tetapi mulutnya ditekup kuat oleh lelaki itu.
Matanya terbuntang apabila menghidu cologne lelaki itu. Dia terfikir sesuatu. Matanya semakin membulat apabila menyedari bahawa ianya merupakan seseorang yang dia amat kenali.
Belum sempat Namjoon memberikan reaksi, kepalanya ditikam bertubi-tubi dengan lelaki bertopeng itu. Tikaman nya begitu kuat sehinggakan dia rasa cengkerang tulang kepalanya retak dan pecah. Otaknya ditikam. Menghampuskan segala fungsinya.
Namjoon mati.
Lelaki itu mengheret kaki Namjoon masuk ke dalam kedai. Sebelum dia pergi, pisau tersebut dimasukkan ke dalam poket hoodienya. Sebuah kamera polaroid dikeluarkan.
Dia menangkap gambar mayat Namjoon tersebut.
Sebuah kepingan terkeluar daripada mesin kecil itu. Dia terus memasukkan kameranya ke dalam beg yang disandang dibelakang. Kemudian berlalu pergi.
•
YOU ARE READING
valentine.
Mystery / ThrillerTHERE is one day, Di mana, kotak-kotak coklat menjadi penghiasan di hadapan kaca kedai. Warna merah merupakan warna nasional bagi hari tersebut. Bunga ros merah laris di pasaran. Di mana hubungan antara sang lebah dan sang bunga mekar. Ianya hari...