VALENTINE DAY
12Hoseok seakan ingin menjerit.
Ayat itu, dia ingat. Dia ingat dengan begitu jelas sekali. Situasi, perasaan dan keadaan ketika di stesen api bersama gadis itu — semuanya masih segar di dalam mindanya.
Tiba-tiba pintu yang menahan tubuhnya itu terbuka daripada dalam. Bertambah terkejut lelaki itu jadinya. Serta merta dia menjadi segar bugar. Mabuknya tadi seakan lenyap begitu sahaja.
Dia menyesal. Menyesal. Menyesal dan menyesal. Tetapi tiada gunanya.
Hoseok memandang kebelakang. Matanya terbeliak besar apabila melihat sekujur tubuh tinggi berpakaian hoodie besar berwarna hitam dengan pisau ditangan. Disebabkan orang tersebut memakai hoodie yang menutup wajahnya, dia kini hanya dapat melihay bahagian mulut orang itu sahaja.
" hai, Hoseok. "
Hoseok menjadi hilang akal. Suara itu, suara itu. Tanpa membuang masa, dia terus berlari keluar daripada toilet tersebut. Terkejut dirinya apabila melihat sepanjang koridor yang dia jalan tadi sudah gelap tanpa disinari sebarang lampu.
Hati nya berdegup kencang. Peluh mula mengalir daripada umbun-umbun rambutnya.
Tetapi disebabkan dia betul-betul takut dengan orang berhoodie tadi, dia terus berlari tanpa arah tujuan. Di mana ada tangga, dia naik. Di mana ada pintu, dia masuk. Dia hanya pergi di mana hatinya menyuruh dia pergi.
Pintu seterusnya dia buka. Dengan jantung yang langsung tak berikan kerjasama, dia tersungkur kehadapan kerana berkelakuan tergopoh-gapah.
Tersungkur, Hoseok secara tiba-tiba dapat rasakan angin malam meniup lembut tubuhnya menyebabkan rambutnya menari-nari ditiup angin malam itu.
Dia mulai sedar yang dia kini berada di bumbung sekolah.
Derapan langkah dibelakangnya membuatkan perasaan takut menguasai dirinya semula. Hoseok cuba bangun, tetapi dia seakan lemah dan kepalanya terasa amat pening.
" for real tho, apa yang Yoongi letak di dalam wine itu? " soalnya sendirian, tak puas hati.
Sebaik sahaja dia mendapat tenaga yang sepenuhnya untuk berdiri, pintu tersebut akhirnya terbuka oleh seseorang. Membuatkan hempasan pintu besi tersebut kedengaran.
Hoseok terduduk kebelakang semula.
Orang berpakaian hoodie itu mula meluru ke arahnya. Hoseok merayu-rayu, ingin dilepaskan. Dia kelihatan begitu desperate, tetapi orang berhoodie itu hanya sambung berjalan, mendekati Hoseok.
Akhirnya Hoseok berada di penjuru bangunan tersebut. Air mata Hoseok mula mengalir, merasakan malam hari kekasih ini mungkin kali terakhir dia menghirup udara dunia ini.
Dia menyesalinya.
Perlahan-lahan, tangan orang berhoodie itu merentap kolar Hoseok. Dia menarik tubuh Hoseok untuk bangun. Hoseok hanya akur dengannya. Dia langsung tak membantah, malah bibirnya terketar-ketar.
" harapan akan selalu ada jika kau percayanya. " orang itu berkata dengan senyuman. Tangannya mengenggam erat kolar Hoseok yang kini tercungap-cungap itu.
" dan kali ini, aku percaya kau akan mati. "
Kemudian tubuh Hoseok ditolak.
•
YOU ARE READING
valentine.
Детектив / ТриллерTHERE is one day, Di mana, kotak-kotak coklat menjadi penghiasan di hadapan kaca kedai. Warna merah merupakan warna nasional bagi hari tersebut. Bunga ros merah laris di pasaran. Di mana hubungan antara sang lebah dan sang bunga mekar. Ianya hari...