• 21 •

671 177 6
                                        

VALENTINE DAY
21

Jungkook berjalan keluar daripada dewan sekolah apabila dia sudah siap dengan kerjanya. Dia yang ditugaskan untuk kendalikan semua ini.

Tambahan pula, kalau bukan dia yang uruskan siapa lagi? Bagi kalangan remaja seperti mereka, memang jarang lah orang ingin sukarela untuk mengemaskan semua ini.

Tetapi tidak, Jungkook sukakan kerja sebegini.

Jadi sebelum dia pergi, dia lah yang perlu mengunci dewan dan segala pintu di dalam sekolah ini supaya ia selamat kemudian berikan kunci pada pegawai penjaga.

Beberapa derapan kaki, dia akhirnya tiba di luar pintu sekolah. Dengan hati senang, dia menguncinya.

Kemudian dia membuka langkah untuk pulang ke rumahnya.

Tetapi dia tersadung sesuatu benda membuatkan dia hampir terjatuh. Jungkook hampir sahaja mencarut tetapi mulutnya terkunci apabila melihat benda yang membuatkan dia tersadung tadi.

Ianya sekujur mayat.

" Ho – Hoseok hyung?... "

 valentine.Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang