• 03 •

957 234 8
                                    

TAPE 1/7
03

" Aku cuba bercakap dengan nya selepas apa yang terjadi. Berpura-pura seperti aku tak tahu apa-apa kemudian menasihati dia agar segalanya akan menjadi okay. Membuatkan dia tersenyum dan banyak lagi.

Aku anggap dia kawan, dia juga anggap aku begitu.

Aku mulai berkawan dengan kawannya, kami dapat bergabung dengan neutral sekali.

Jadi satu hari, aku cuba untuk menyoal dia.

" kenapa kau bunuh teman wanita kau sendiri malam itu? "

Dan sudah tentu, Dia terkejut.

Dia cuba untuk menidakan ia. Senyum sambil berkata sama ada aku bergurau. Tetapi wajah serius aku hanya memandang ke arahnya sahaja. Walau apa pun yang Taehyung lakukan, aku tak boleh berdiam diri sahaja.

Aku hanya mahukan kebenaran.

Dia berikan aku penipuan.

Kami tak bercakap buat beberapa hari kerana hal ini. Dia nampak seperti menjauhkan dirinya daripada aku. Jadi aku kejarkan dia balik.

Dia pernah menengking aku supaya tidak mengekorinya lagi. Ramai melihatnya, termasuk kawan dia dan.. Sejujurnya, keperitan itu masih lagi berbekas sehingga sekarang.

Tetapi kau merupakan cinta pertama aku. Aku kena tahu kebenarannya. Aku tak akan beritahu cucu cicit aku bahawa cinta pertama aku merupakan seorang pembunuh muda.

Ianya tidak bermoral. Seperti aku ada low taste terhadap memilih lelaki.

Jadi satu hari aku datang ke rumahnya.

Ketika itu ibu bapa dia tiada. Disebabkan dia merupakan anak tunggal, dia tinggal berseorangan. Dia tidak mempunyai maid memandangkan dia sudah besar.

Kami berbincang di dalam rumahnya. Dia berikan aku secawan coffee untuk menghilangkan dahaga, katanya.

Tetapi itu hanyalah tujuan dia yang ingin memerangkap aku.

Aku fikir dia akan bunuh aku, tetapi selepas beberapa jam, aku tersedar semula. Tetapi kondisi aku begitu teruk. Pening kepala, sakit sendi, tekak sakit, tangan lenguh.. banyak lagi kesan.

Taehyung tinggalkan aku betul-betul di hadapan pintu rumah aku, tersungkur mencium lantai.

Aku menangis, dia memperlakukan aku seperti seorang pengemis. Mungkin memang ada baiknya jika aku tak sentuh tentang hal pembunuhan itu. Mungkin ia akan jadi seperti biasa.

Tetapi curiga selalu membunuh minda aku.

Keesokan harinya, apabila aku ke sekolah aku sedar ramai memandang aku dengan pandangan yang benar-benar menjengkelkan. Ada yang berlakon muntah apabila melihat aku. Aku tak tahu apa-apa.

Kemudian pengetua memanggil aku ke bilik pejabatnya. Ini sekali lagi membuatkan aku berasa takut. Apa sebenarnya terjadi?

Dia menunjukkan aku sebuah video.

Video yang aku bersumpah seumur hidup aku. Aku hampir sahaja muntah melihat kejijikan yang aku buat di dalam video tersebut. Bertapa rendahnya maruah aku dan punah nama aku sebagai berasal daripada keluarga yang berkenamaan.

Aku malu.

" saya harap, kamu boleh padam video ini secepat yang mungkin. Jika tidak, saya, pengetua sekolah ini tidak akan teragak-agak akan membuang kamu daripada sekolah ini. "

Tetapi aku tak memuat naik video berikut. Aku tak tahu siapa. Tambahan pula, video itu sudah tular. Walaupun aku memadam video si pemuat naik tersebut, meraka masih ada salinannya.

Dan ketika aku menangis di dalam kelas ketika semua orang sedang bersukan di dewan sukan, aku terdengar sesuatu.

Ianya bangtan boys.

" Taehyung, siapa seterusnya? "

" entah.. aku masih fikirkan lagi. "

" apa jadi pada perempuan menjijikan itu? Kau tak ada perasaan terhadapnya lagi? " aku rasa si empunya suara tersebut mereferkan perempuan itu adalah aku.

" hm, nah. " Taehyung meraup wajahnya." perempuan hanya objek sahaja bagi aku. " tambahnya lagi.

Kim Taehyung,
Sejak hari itu aku dibuang sekolah. Hidup aku hancur kerana kau. Aku hidup tanpa arah. Keluarga aku nyaris ingin membuang aku daripada keluarga mereka tetapi aku hanya bertebalkan muka, meminta maaf.

Aku fikir, kau mesti suka semua ini?

Sebab aku tahu, jika aku dedahkan bahawa Taehyung seorang pembunuh, semua orang tak akan mempercayai aku. Termasuk keluarga aku.

Jadi disebabkan itu, mangsa dendam pertama aku merupakan Kim Taehyung.

Cinta pertama aku merupakan mangsa untuk aku bunuh yang pertama. "

 valentine.Where stories live. Discover now