• 09 •

768 194 10
                                    

VALENTINE DAY
09

Hoseok berjalan ke arah toilet sekolahnya dengan wajah yang cukup mamai. Sebaik sahaja mereka selesai berparti, Hoseok tak dapat lupakan bertapa banyak lampu neon menyinari matanya. Sehingga sekarang, dia masih teringat sinaran lampu tersebut berpinar-pinar di pandangannya.

Mungkin ini kesan daripada wine yang Yoongi bawa secara tak berlesen tadi. Hoseok mencarut perlahan. Dia bukanlah peminum yang baik kerana dia cepat mabuk. Apabila dia mabuk, dia sering malukan dirinya sendiri.

Harapannya kali ini, supaya tiada apa-apa berlaku sekarang.

Lahanatnya Yoongi, lelaki itu langsung tak mahu menemaninya. Katanya dia lemas dengan bau tandas sekolah dan hidungnya sensetif. Lagipun, macam lah Hoseok tak tahu bertapa tegarnya Yoongi dengan ketagihan merokoknya itu.

Jadi sekarang, dengan berpegangkan pintu- pintu loker untuk menstabilkan jalannya, Hoseok mencari-cari di mana terletak toilet sekolah itu. Selalunya senang je dia cari, tetapi malam ini, sekolah tersebut seakan menjadi asing padanya.

" masalah lah, kenapa lah aku mabuk. " Hoseok mengerutkan dahinya apabila terasa kepalanya seakan berputar. Pandangannya mulai kabur. Mulutnya terasa berair menandakan dia mula rasa loya.

" fuck. " dia menekup mulutnya.

Langkahnya dilajukan walaupun kepalanya berpinar. Dia memandang pada seluruh pintu, tercari-cari simbol tandas. Matanya terus bersinar apabila dia akhirnya melihat simbol tandas yang berada tak jauh daripadanya. Dengan tarikkan nafas yang panjang, dia lajukan pergerakkannya ke sana.

Sebaik sahaja melangkah ke dalam tandas, Hoseok terus meluru ke arah singki. Dia langsung tak memandang sekelilingnya, apa yang dia lihat hanyalah singki, singki dan singki. Ya, dia datang ke sini untuk muntah. Dia tahu dia akan muntah dan menyusahkan Yoongi, oleh itu dia tak mahulah membebankan lelaki itu untuk menunggunya muntah di tepi jalan.

Dia sendiri tahu bertapa menjengkelkan nya Yoongi akan jadi padanya jika dia muntah dihadapan lelaki itu.

Buat seketika, dia mula rasakan seakan ada benda menolak daripada bahagian perutnya sehingga ke tekak. Ianya berlaku buat sekelip mata.

Automatik, Hoseok mengeluarkan bunyi yang kurang menyenangkan. Dia memuntahkan segala isi perutnya. Tekaknya rasa pedih dan bahagian dada dan badannya seakan naik turun, menolak isi perutnya keluar. Hoseok muntah sekali lagi. Muntahnya hanyalah cecair. Cecair putih yang bukan lutsinar.

Buat beberapa minit, akhirnya Hoseok selesai. Dia membuka pili air kemudian membasuh mulutnya. Wajah dia juga turut dibasahkan untuk menyegarkan diri dia. Dia tak mahu berada dalam keadaan yang cukup mamai ini.

Saat dia memandang ke arah cermin; melihat refleksinya. Hoseok mulai sedar sesuatu. Matanya membuntang dan tarikan nafasnya meningkat daripada biasa. Adrenalinnya mula menghantarkan impuls yang begitu pantas pada hormon.

Dia terkejut.

Kelihatan ada calitan merah seakan darah pada cermin itu. Ia bertulisan 'happy valentine day' tetapi dalam versi mengerikan. Darah tersebut seakan mencair kebawah pada permukaan cermin itu daripada membentukan sebuah huruf yang sempurna.

Cukup mengerikan, Hoseok sehingga mahu tersungkur kebelakang tetapi mujur ada salah satu pintu tandas menahan dirinya daripada berkelakuan sedemikian. Tubuhnya mengigil sungguh teruk. Kakinya terasa selembik mee. Dia menjadi lemah semangat.

Di bawah perkataan tersebut kelihatan beberapa tulisan juga. Dengan nafas yang tercungap-cungap, Hoseok membacanya.

' harapan akan selalu ada jika kau percayakannya. '

dan itu membuatkan Hoseok terkedu.

 valentine.Where stories live. Discover now