• 11 •

702 192 22
                                    

TAPE 3/7
11

Walaupun aku rasa aku ragui dia, tetapi Hoseok kini layan aku seakan aku dengannya seperti kawan lama. Aku senang dengan dia. Rasa tak selesa itu buat beberapa minit pertama sahaja sebelum pandangan terhadap diri aku padanya berubah sepenuhnya.

Aku mudah percayakan orang.
Ya aku tahu itu.

Dia sanggup berjalan mengiringi aku sehingga ke stesen walaupun dia ada basikalnya. Dia setia menuntun basikal dia ditepi sambil berbual dengan aku. Sungguh, sudah lama aku impikan situasi begini dengan seorang kawan. Hal ini demikian kerana aku tak banyak bersosial sebaik sahaja kejadian Taehyung dan Yoongi itu menimpa aku.. dan kematian ayah.

Sesampai sahaja di stesen. Hoseok meletakkan basikalnya di luar stesen lalu berjalan dengan aku sehingga ke dalam. Kami menunggu kereta api sampai di tepi pusat perhentian. Di situ, Hoseok membuat lawaknya dan pelbagai lagi.

Tujuan nya seperti ingin mengembirakan aku. Aku seakan tersentuh dengan kelakuan dia. Melihat aku begitu sedih sewaktu aku dan Taehyung sebelum ini bersama, memang membuatkan dia tersedar akannya.

Aku rasa berterima kasih sangat.

Lelaki ini luar biasa. Dia dapat membuatkan aku jatuh cinta padanya buat beberapa minit pertama. Dengannya, aku langsung tak janggal mahupun tak selesa. Aku selesa dengan dia.

" harapan akan selalu ada jika kau percayakannya. "

Aku memandang ke arah Hoseok dan dia hanya memandang aku. Pandangannya terselit seribu satu kisah yang aku tak dapat tafsirkan. Pandangannya bukan seperti pandangan biasa.. tetapi ianya pandangan seperti memberi amaran.

Amaran?

" uh apa — "

" kami semua bukan orang yang baik, kau tahu itu kan. " Hoseok berkata lagi, matanya tepat memandang aku tanpa berkedip. Menakala aku, seakan sudah hanyut dalam renungannya.

" apa yang kau — "

Pada masa yang sama, aku terdengar bunyi kereta api dan getaran kenderaan tersebut ingin kemari. Aku mulai nampak kehadiran kenderaan itu. Tetapi aku hanya memandang ke arah Hoseok, memikirkan apa maksudnya.

" Harapan kami untuk kau mati memang tak akan kesampaian. Kerana aku tak akan percayakannya. "

Serentak, bahu aku ditolak dengan begitu kuat menyebabkan aku hilang kestabilan, lalu aku terjatuh ke landasan kereta api.

Pandangan aku tetap setia ke arah Hoseok yang hanya memandang aku dengan pandangan tak beremosi. Hatiku berdegup kencang. Hoseok mula membelakangkan dirinya kemudian pergi apabila ramai orang mula meluru ke arah aku, untuk menolong.

Aku menoleh pandangan ke arah kereta api tersebut. Cahaya dan bunyi hon nyaring daripada kereta api itu mula mendekat. Mujur, ada orang menarik kedua tangan aku dan aku tertarik ke atas semula.

Nafas aku berat. Lecun rambut aku akibat peluh. Ramai yang berada di situ menyoal sama ada keadaan aku okay ataupun tidak. Aku terlalu terkejut untuk menjawabnya jadi aku hanya mendiamkan diri.

Dan aku baru perasan, Hoseok kini sudah tidak kelihatan lagi.

Itu membuatkan hati aku luka lagi. Parut lama kini berdarah semula. Semuanya berterima kasih pada Hoseok.

Itu menyebabkan aku mahu dia menjadi mangsa ketiga aku. Mangsa yang aku sendiri mahu membunuhnya. "

 valentine.Where stories live. Discover now