VALENTINE DAY
04Taehyung seakan terpana dengan apa sebenarnya yang dia baca di permukaan kertas tersebut.
Pada masa yang sama, dia seakan menerima satu pukulan yang begitu kuat pada kepalanya membuatkan dia jatuh sambil mengerang kesakitan. Tangannya memegang kepala dia dengan begitu erat. Ia mengalirkan darah.
Taehyung seakan pening apabila dia mula merasakan denyutan kesakitan yang dia alami akibat dipukul oleh benda keras berikut. Pandangan matanya menjadi kabur.
Kedengaran sepertti ada orang menghampiri dia. Boot yang dipakai oleh orang tersebut kedengaran apabila dia membuat langkah ke arah Taehyung. Dengan perlahan-lahan, dengan segala kudrat yang bersisa, Taehyung mengesot ke arah bertentangan dengan orang tersebut. Cuba untuk melarikan diri.
Dia tahu semua itu mustahil.
Tetapi sebaik sahaja orang itu ingin melayangkan kayu baseballnya ke arah dia, dia terus menyepak kemudian senjata orang itu terpelanting ke arah berlainan.
Dengan segala kudrat yang bersisa, Taehyung bangkit kemudian mencekik orang tersebut. Wajahnya jelas menunjukkan bertapa geramnya Taehyung terhadap orang itu.
Tetapi orang itu terus menyiku badannya membuatkan dia tersungkur kebelakang. Dia terlepas dan Taehyung cuba bangun semula.
Taehyung ingin larikan diri, secepat yang mungkin. Jadi dia bangun kemudian berjalan ke pintu keluar dengan tangannya memegang kepala; di mana darah tersebut mengalir. Dia sedar yang dia kini boleh pengsan di mana-mana sahaja jadi dia perlu cepat.
Tetapi satu hayunan terkena kepalanya.
Kemudian satu lagi.
Satu lagi.
Satu lagi.
Satu lagi.
Satu lagi.
Satu lagi.
Satu lagi.
Satu lagi.
Akhirnya Taehyung kini mati dalam keadaan matanya terbeliak dan mulutnya yang sedang ternganga seakan dalam kesakitan. Darah berada di merata-rata tempat.
Coletan darah berada di jari dia. Dia memandang ke arah lantai yang berada di sebelah Taehyung yang sedang baring di atasnya.
Tubuh Taehyung diikat sebagai seseorang yang sepertinya hunuh diri. Kemudian tali tersebut di ikat pada kipas.
Dia menulis sesuatu.
Kemudian tersenyum dengan hasil kerjanya.
1 out. 6 to go!
•
YOU ARE READING
valentine.
Mystery / ThrillerTHERE is one day, Di mana, kotak-kotak coklat menjadi penghiasan di hadapan kaca kedai. Warna merah merupakan warna nasional bagi hari tersebut. Bunga ros merah laris di pasaran. Di mana hubungan antara sang lebah dan sang bunga mekar. Ianya hari...