Irdina melangkah masuk ke Tingkatan 5TI. Suasana yang tadi agak gamat, tiba-tiba menjadi sepi. Kedengaran beberapa orang pelajar menyebut nama Irdina sambil berbisik-bisik.
"Assalamualaikum..."
"Waalaikumussalam warahmatullahiwabarokatuh Cikgu Dina."
Sebilangan besar pelajar bersorak riang apabila guru yang mereka suka pada tahun lepas terus menjadi guru mereka pada tahun ini.
"Cikgu nampak ada seorang pelajar baru..atau mungkin juga dari kelas lain..."
"Cikgu..dia memang baru masuk sekolah ni. Tahun lepas dia sekolah lain.."
Haziq yang merupakan ketua tingkatan tahun lepas menyampuk.
"Boleh perkenalkan diri?"
Pinta Irdina sambil memandang tepat ke wajah pelajar lelaki itu. Orangnya berkulit cerah, Chinese-look, tingginya anggaran 165 cm ke atas dan berpenampilan kemas. Irdina memusatkan mata kecilnya ke arah remaja lelaki itu. Macam ada iras seseorang...ahhh..tak mungkin lah..
"Nama saya Farhan, boleh panggil saya Paan Cikgu. Cikgu...Irdina.."
Farhan membaca name tag yang dipakai cikgu perempuan yang pada fikiran Farhan yang nakal...belum berkahwin.
"Cikgu akan mengajar kelas ni subjek Matematik. Tahun lepas pun cikgu yang ajar kelas ni. Awak boleh panggil cikgu..Cikgu Dina. OK?"
"Oh, Matematik..saya harap cikgu tak mudah give up dengan saya sebab saya ni fail Matematik masa PMR. Anyway cikgu..cikgu nampak macam belum kawin. Betul ke?"
Pelajar bernama Farhan itu begitu berani bertanya dengan jelingan nakalnya. Irdina senyum nipis. Dia sudah 'masak' dengan pelajar lelaki sebegini. Setiap tahun akan ada seorang dua yang akan cuba mengoratnya. Dia dah faham sangat dah....
**************************************************************************************
" Paan, camana dengan hari pertama di sekolah baru? OK tak?"
Cikgu Zuraini mengambil tempat di sebelah anaknya di ruang tamu. Farhan kelihatan leka melayan Running Man di tv. Sesekali ketawanya berdekah melihat aksi-aksi lucu artis-artis korea.
"OK je ma. Biasa je."
Apa yang menarik sangat dengan sekolah? Lain lah main game ke, lepak-lepak dengan kawan ke. Cebik Farhan dalam hati. Dia bukan rajin sangat bila dengar perkataan sekolah. Bangun pagi pun kena bergaduh bagai dulu dengan mamanya. Entah apa yang seronoknya di sekolah..
"Mama harap Paan boleh ambil iktibar kejadian-kejadian sebelum ni. Kalau boleh, jangan lah malukan mama lagi."
Cikgu Zuraini berkata lembut. Dia tahu anaknya yang nombor tiga ni degil dan nakal sedikit berbanding yang lain. Itu pun selepas ayahnya meninggal 2 tahun lalu. Semenjak itu, pelbagai sikap yang menyakitkan telinga dan hati dilakukan Farhan.
Sebelum ni Farhan bersekolah di sekolah yang sama tempat di mana Cikgu Zuraini mengajar, SMK PuteriWangsa tetapi disebabkan peristiwa di mana Farhan telah membuat kesalahan disiplin dengan melawan guru dan sebelum itu pun sudah ada beberapa kes lain, Cikgu Zuraini cuba untuk mengubah angin dengan menghantarnya ke sekolah lain yang berdekatan. Dengan harapan, Farhan akan berubah menjadi seperti dulu. Anak yang baik dan taat, yang mendengar kata dan anak yang bijak sebenarnya. Dalam UPSR, Farhan berjaya memperolehi 5A.
Bapa Farhan meninggal ketika Farhan Tingkatan 3, beberapa bulan sebelum dia menduduki PMR. Ketika itu, hanya Allah sahaja yang tahu betapa sedih dan pilu hati Farhan yang sememangnya sangat rapat dengan bapanya. Setiap malam sebelum tidur dia akan menangis. Makan tak lalu, tidur pun tak lena. Sekolah sudah tidak dipedulikannya lagi sehingga lah sekarang. Bahkan Farhan menjadi anak yang suka memberontak dan kasar.
Cikgu Zuraini sendiri kadang-kadang tak berdaya untuk mengawal tingkah-laku Farhan. Dengan status ibu tunggal yang dimilikinya, dengan anak 4 orang yang perlu disara dan dijaga. Anak-anaknya yang lain memahami melainkan Farhan seorang sahaja yang selalu memeningkan kepalanya.
Anak yang sulung perempuan, sudah melangkahkan kaki ke UKM manakala yang kedua juga perempuan sedang berada di matrikulasi. Anak yang bongsu, perempuan, iaitu adik Farhan berada di Tingkatan 2 di SMK PuteriWangsa.
"Paan, dengar tak mama cakap apa tadi?"
Setelah lama mengelamun Cikgu Zuraini kembali ke alam nyata. Baru dia sedar, Farhan sudah lentok di sofa. TV masih terpasang.
"Ya Allah, budak bertuah ni..."
YOU ARE READING
CINTA KAU & AKU (completed)
RomanceKisah tentang cinta yang tertangguh namun bertemu semula selepas 10 tahun. Mungkinkah keadaan dan hati masing-masing masih memegang teguh antara satu sama lain? Jika anda suka bermain dengan emosi, anda patut cuba meneroka kisah ini... #KISAH INI TE...