Sakitnya penolakan itu, Dina!

158 4 0
                                    

"Kurang ajar betul , dah pandai block aku sekarang. Ni mesti jantan yang berlagak bagus tu yang ajar dia. Tunggu kau Dina, kau belum kenal aku siapa."

Ameer betul-betul geram hari itu. Selepas peristiwa di Johor tempoh hari baru Ameer perasan Irdina tidak dapat lagi dihubungi sama ada menerusi telefon mahupun laman sosial.

                     'Sayang, bila kita nak pergi fitting baju kahwin?'

Ni sorang lagi manusia yang selalu buat aku serabut. Ameer mencampakkan telefon bimbitnya ke atas katil. Kemudian dia merebahkan badannya yang tidak bermaya ke atas katil. Terkebil-kebil matanya memandang kipas yang berpusing.

Fikiran Ameer masih melayang mengingatkan Irdina. Bertahun lamanya dia menunggu gadis itu. Sejak dari Irdina berusia 20 tahun hingga sekarang dah masuk 30 tahun, dia masih menunggu. Bukan sekejab, dah 10 tahun Irdina berada dalam hati dan mindanya. Sukar sekali menjinakkan hati gadis itu.

Pelbagai cara telah dilakukan namun hampa. Dari cara lembut, hingga ke cara yang kasar, Irdina masih begitu, dulu kata menunggu seseorang, kemudian kata tak minat dengan lelaki. Nak kata lesbian, macam bukan je. Tapi kan siapa pula mamat yang tiba-tiba muncul jadi hero hari tu?

Masih segar dalam ingatan Ameer, penolakan kedua Irdina terhadapnya. Ketika itu mereka hanya berhubung melalui SMS kerana puas dipujuk, Irdina tidak mahu berjumpa dengannya.

             'Dina, awak masih tunggu budak tu ke? Saya tak pernah nampak pula awak keluar dengan dia.'

             'Perlu ke saya tunjuk pada semua orang bahawa saya dah ada seseorang? Perlu ke sampai usung ke sana ke mari mentang-mentang ada pakwe? Mungkin itu cara awak tapi bukan saya dengan dia.'

            'Ke sebenarnya awak yang bertepuk sebelah tangan?'

           'Kalau saya bertepuk sebelah tangan sekalipun, itu bukan urusan awak kot..'

          'Dina, dah 2 kali saya ajak awak couple dan dah 2 kali awak reject saya. Sedih sangat saya rasa.'

          'Saya minta maaf.'

         'Tu je lah yang awak mampu beri pada saya. Maaf, maaf, maaf. Saya tak nak maaf awak tu, saya nak awak jadi kekasih saya.'

          'Tapi saya tak boleh.'

          'Kenapa? Hebat sangat ke pakwe awak tu sampai awak reject saya dah 2 kali ni?'

          'Memang dia hebat. Dia lelaki terbaik yang pernah saya jumpa.'

         'Dia nak ke kat awak?'

         'Tak kisahlah dia nak ke tak nak. Yang penting saya suka dia.'

        'Awak patut pilih orang yang suka awak, sayang awak. Bukannya yang awak suka, yang awak sayang.'

        'Tak ape, saya sanggup menjadi pungguk yang merindukan bulannya. Sebab saya yakin suatu hari nanti si bulan akan memandang pungguk.'

        'Habis tu saya yang umpama pungguk merindu awak si bulan ni camana pula?'

       'Saya tak pernah suruh awak tunggu saya. Saya tak pernah bagi harapan pun pada awak. Dari dulu lagi saya dah cakap saya dah ada seseorang.'

       'Awak akan kecewa nanti, percayalah kata-kata saya ni.'

      'Tak apelah kalau nanti saya kecewa pun.'

Degilnya Irdina. Dari dulu hingga kini. Masih degil, tidak pernah mahu memberi peluang kepadanya walau sedikit. Akhirnya sampai ke sudah tak kahwin. Mana perginya insan hebat, insan terbaik dia tu? Cehhhh..cebik Ameer.


CINTA KAU & AKU (completed)Where stories live. Discover now