Result SPM

142 3 0
                                    

                 Keputusan SPM diumumkan hari ini. Bukan sahaja pelajar-pelajar yang terlibat, malahan guru-guru juga rasa berdebar. Bahkan pihak pentadbir sekolah juga turut merasa debarannya. Manakan tidak, mereka ingin mengetahui hasil yang akan diperolehi setelah bertungkus lumus dari awal tahun hinggalah ke peperiksaan bermula.    

Irdina tidak memegang kelas Tingkatan 5 pada tahun lepas. Dia hanya memegang kelas Tingkatan 4 sahaja. Maka, dia tidak terlibat dengan urusan pembahagian slip peperiksaan pelajar di dewan sekolah. Walaupun hatinya juga berdebar untuk mengetahui keputusan SPM pelajar-pelajarnya terutama bagi subjek Matematik, namun dia perlu bersabar. 

Sebenarnya untuk tahun lepas dia mengajar dua kelas. Kelas yang pertama aliran Perakaunan dan kelas yang kedua ialah kelas Farhan dan rakan-rakannya iaitu aliran Tasawwur Islam. Jam menunjukkan pukul 10.50 pagi. Irdina mencapai buku-buku di atas mejanya. Dia perlu masuk ke kelas 5 ASC sekarang!


"Cikgu..."

Sebaik sahaja pintu kaca bilik guru ditolaknya, empat orang sekawan itu menjerit memanggil namanya. Kecuali Farhan, yang hanya diam tapi tetap cuba menghulurkan senyuman. Mimi dan Syafikah memeluk Irdina erat. Sudah lama tidak bertemu mereka, Irdina sendiri sudah merindui keletah mereka. 

"So, camana result tu?"

Irdina memulakan bicara setelah sesi peluk memeluk selesai. Mereka duduk di meja yang selalunya digunakan guru-guru untuk acara potluck. Irdina memandang ke kiri dan ke kanan. Cuma ada seorang guru Sejarah yang sedang kusyuk membuat kerja nya. Barangkali ramai guru masih di dewan dan juga ada kelas. 

"Alhamdulillah cikgu. Semua lulus dan kredit. Nah cikgu, slip saya."

Irfan menghulurkan slipnya diikuti oleh Mimi dan Syafikah. Irdina menghulurkan tangannya kepada Farhan. Lambat-lambat Farhan menghulurkan slipnya. Irdina menyusunnya di atas meja. Dia cuba membuat perbandingan.

"Yang terbaik antara kalian ialah..Paan..banyak juga A yang awak dapat ni. Ada 6A, BM, MATH, PENDIDIKAN ISLAM, TASAWWUR ISLAM, PERDAGANGAN dan PENDIDIKAN SENI VISUAL. Lagi dua subjek awak dapat B. Wow, excellent, congrate Paan! Ni entah-entah awak yang dapat best student untuk aliran awak ni."

"Ya, cikgu. Memang dia best student aliran kami. Tadi, dah panggil atas pentas."

Irfan menyampuk.

"Oh yeke. OK, cikgu tengok yang lain. Irfan dapat B+ untuk Matematik, manakala Mimi dan Syafikah dapat B. Eh, kira OK lah ni. Sebelum ni mana korang pernah capai B, B+ bahkan A. Ya Allah, lega dan gembiranya cikgu.."

"Terima kasih cikgu untuk segala ilmu yang telah cikgu curahkan untuk kami berempat. Saya memang tak target akan dapat B, dapat C pun saya dah terima sebenarnya."

"Cikgu tolong gitu-gitu je. Selebihnya usaha korang sendiri juga. Cikgu rasa,  kalau dengan result korang ni tak ada masalah untuk ke Form 6. Korang kata kan nak naik Form 6.."

"Saya nak apply diploma. Nak pergi  belajar jauh sikit dari sini.." ujar Farhan tiba-tiba.

"Yelah, sampai hati kau nak tinggalkan kami.." Mimi pula menyampuk.  

"Cikgu rasa, dengan result awak tu, memang awak akan dapat diploma. Awak nak pergi U mana?"

"UITM kot.."

"OK. Semoga berjaya. Eh, jom hujung minggu ni cikgu belanja korang KFC....."

CINTA KAU & AKU (completed)Where stories live. Discover now