Aku dan hidupku

434 17 0
                                    

"AZIE... boleh tak kalau aku nak ajar tusyen kat rumah ni masa hujung minggu?"

Ketika itu Irdina dan Azie sedang duduk-duduk depan televisyen di ruang tamu selepas selesai makan malam.

"Boleh je. Aku kan balik kampung setiap hujung minggu. Tak ada hal lah. Ramai ke yang tusyen dengan kau?"

Dalam hati Azie terselit rasa kagum dengan kerajinan Irdina yang baru 2 tahun menjadi guru sudah mula rajin mengajar tusyen. Dia yang 5 tahun mengajar pun tak pernah mengajar tusyen. Lebih kepada malas sebab hujung minggu baginya adalah hari untuk bersama-sama keluarganya yang tinggal di Batu Pahat.

"Tak ramai mana pun. Setakat ni 4 orang je."

"Boleh jer. Dina, aku nak minta pendapat kau ni.."

"OK..aku boleh pinjamkan telinga aku..tell me what it is..."

Irdina meletakkan telefon bimbitnya di atas meja kopi. Dia mahu memberi tumpuan terhadap Azie yang kelihatan mahu meluahkan sesuatu yang kedengarannya agak serius.

"Adik aku call siang petang tadi. Dia cakap mak aku kata.. lusa, lepas solat Jumaat lah lebih kurang gitu ada orang datang nak risik aku..."

"Wah, berita baik ni. Aku dah bau nasi minyak ni."

Gurau Irdina sambil ketawa kecil.

"Kau ni.."

Azie membaling bantal kecil ke arah Irdina. Nasib baik sempat mengelak!

"Alah tak apalah, manalah tahu jodoh kau dah sampai kan. Aku ni juga yang mereput sini. Tapi tak apa, aku akan doakan. Benda yang baik kan."

Irdina ikhlas berharap Azie akan bertemu jodohnya.

"Kau pula camana? Tak kan lah orang yang agak lawa macam kau tak ada yang nak. Tak percaya aku.."

Azie mencebik. Serius dia sukar mempercayai Irdina yang ada rupa melebihinya belum mempunyai yang istimewa. Dah 2 tahun mereka serumah, semenjak Irdina posting ke sekolah itu, kebetulan pula ada seorang rakan serumah Azie dapat pindah balik ke Kedah, jadi Azie menawarkan Irdina untuk tinggal serumah dengannya.

"Aku macam ni lah. Sejujurnya ada je yang masuk merisik kat kampung tapi semua tak berkenan. Bukan senang nak cari suami zaman sekarang."

Dia seboleh-bolehnya tidak mahu Azie tahu bahawa dia tidak minat dan tidak punya hati lagi terhadap kaum Adam selepas kecewa dengan Hariz 10 tahun yang lepas. Semenjak itu, pintu hatinya telah tertutup langsung!

"Kau sedang tunggu seseorang ke?"

Tiba-tiba soalan tu keluar dari bibir nipis Azie. Dia sebenarnya rasa takut untuk bertanya tetapi manalah tahu Irdina mahu bercerita.

"Tak kot..aku tak tunggu sesiapa sebab aku dah malas menunggu orang.."


CINTA KAU & AKU (completed)Where stories live. Discover now