Angkara fitnah, kita bertengkar

153 3 0
                                    

"OK, dah kenyang? Happy?"

Irdina mengangguk perlahan. Segan pula dengan Hariz, di depan Hariz dia makan laksana orang yang 3 hari tak makan. Mana tak nya, kali terakhir dia makan breakfast tadi pukul 8 pagi. Lepas tu, Irdina sibuk ke sana ke mari menguruskan hal sekolah. Maklum sahaja lah kalau hujung tahun, banyak urusan sekolah yang perlu diselesaikan.

"Saya ada dapat mesej ni. Tak tahu lah siapa yang hantar. Maybe lelaki yang dekat Jusco hari tu..actually who's that guy Irdina, if you don't mind, please tell me.."

Hariz bersuara lembut, dia tidak mahu Irdina bertukar mood. Irdina terdiam seketika. Dia mula rasa tak sedap hati. Entah apalah yang Ameer tulis..

"Dia tulis apa?"

Irdina pura-pura acuh tak acuh, walhal dalam hatinya berdebar-debar. Nampaknya Ameer sudah memulakan taktik kotor dengannya. 

"Errr...saya serba salah nak beritahu awak..actually saya tak nak percaya sebab saya percaya awak seorang gadis yang baik. Maka saya nak tanya, apa hubungan awak dengan dia dulu, masa kat U?"

Berhati-hati Hariz menyusun ayat agar Irdina tidak melatah dan tidak naik angin.

"Saya dengan Ameer Mirza, tak pernah ada apa-apa. Kami berkawan biasa, nothing special..."

"Bila masa awak kenal dia sebenarnya? Bukan kah masa tu awak tengah berkawan dengan saya ke?"

"Saya kenal awak dulu, yes itu betul. Selepas tu, baru saya kenal dia. Saya tak pernah ada perasaan langsung pada dia. Dia je yang tergedik-gedik kat saya. Puas hati?"

"So, semua yang dia tulis ni fitnah ke?"

"Dia tulis apa? Show me the message.."

Hariz menghulurkan telefon bimbitnya kepada Irdina. Irdina menyambut dan mula membaca apa yang yang dihantar Ameer. Dia menarik nafas panjang. Dia tahu Ameer memang akan kenakan dia seperti ini. Kerana Ameer pernah mengugutnya tak lama dulu. 

"Apa yang dia tulis ni, memang sangat melampau. Saya boleh buat police report kalau saya nak. Sebabnya, dia dah fitnah saya sesuka hati dia. Terpulang awak nak percaya siapa, saya tak paksa awk percayakan saya seratus peratus. Yelah, awak pun bukan kenal saya sangat kan."

Hariz diam. Dia agak buntu dan dalam dilema. Bukan dia tidak mahu percaya kepada Irdina tetapi dia masih inginkan penjelasan..

"Masa awak berkawan dengan dia, korang selalu keluar berdua ke?"

Irdina diam seketika. Dia sudah mengagak, pasti bukan senang untuk Hariz mempercayainya seratus peratus. Pasti akan ada juga curiga dihati lelaki itu.

"Tak selalu pun. Selalu berbual-bual depan hostel saya kat taman permainan, awak tahu kan tempat tu.."

"Itu aje...?

Irdina diam seketika. Haruskah dia menceritakan tentang peristiwa malam itu kepada Hariz? Untuk apa sebenarnya? Bukankah itu namanya membuka aib sendiri? Hariz pula, apa tujuannya nak tahu sampai sebegitu sekali? Memang dia serius nak kahwin dengan aku ke? 

"Saya rasa..awak tak perlu tahu semua kot. Lagipun saya ni, siapa je pun pada awak. Saya bukan kekasih awak kan, apatah lagi calon isteri awak kan? So, awak tak perlu menyiasat sampai macam ni sekali."

Hariz tergamam seketika. Tidak menyangka Irdina akan mengucapkan kata-kata sebegitu. Tidak kah Irdina nampak usahanya selama ini untuk menghalalkan Irdina? Jika bukan untuk dijadikan isteri, rasanya Hariz tak kan cari dan menghabiskan masanya bersama gadis itu. 

"Awak masih anggap saya bukan yang istimewa dalam hati awak Dina? Awak ingat saya main-main ke selama ni? Dah dua kali saya lamar awak tau. Awak ingat saya ni, tak ada maruah, tak ada ego? Merayu kat awak, minta maaf kat awak selama ni, apa yang awak fikir sebenarnya? Awak ingat saya ni sama macam lelaki-lelaki kat luar sana yang suka-suka usung anak dara orang ke sana ke mari, lepas tu tinggalkan?"

Muka Hariz merah padam menahan marah. Dia masih mampu bersabar sebenarnya walaupun dia rasa sangat geram dengan sikap Irdina. Ya, selalu sangat Irdina mencabar kesabarannya!

"Siapa nak kahwin dengan awak? Banyak kali dah kan, saya cakap saya tak layak. Saya bukan perempuan baik, tak layak untuk awak. Awak faham ke tak? Dah, lepas ni awak tak payah cari saya lagi. Saya tak nak tengok muka awak lagi lepas ni."

Irdina mencapai telefon bimbit dan purse nya di atas meja dan melangkah pergi. Sedikit pun dia tak menoleh ketika Hariz kelam kabut memanggil namanya. Nasiblah malam itu, mereka bertemu di kedai, maka masing-masing membawa kereta sendiri.

CINTA KAU & AKU (completed)Where stories live. Discover now