Selepas kahwin..

226 4 0
                                    

"I nak cerai. I dah jumpa someone yang lebih sayang dan cintakan I."

Aliya melemparkan borang cerai ke muka Ameer. Ameer senyum sinis. Dia tahu selama perkahwinan mereka, Aliya memang menyimpan lelaki lain. Walaupun dia tahu, dia juga bukan seorang suami yang baik, namun dia tidak berniat untuk menceraikan isterinya itu. Namun, jika itu yang dimahu Aliya, dia tidak teragak-agak untuk melepaskannya. 

"OK. Go to hell."

Ameer mengambil borang yang dilemparkan Aliya tadi dan mula mengisinya. Aliya mendengus kasar dan melangkah meninggalkan Ameer. Dia mahu naik ke bilik dan mengemas kain bajunya. Dia tidak mahu lagi tinggal di rumah itu. Dia tahu, selama mana pun dia hidup bersama Ameer, lelaki itu tak akan mampu menyerahkan sepenuh cinta kepadanya. Dia seolah-olah hidup dengan patung selama berkahwin dengan lelaki itu. Jasad dimilikinya, namun hati dan cinta Ameer untuk perempuan lain. 

Perkahwinan seharusnya disulami dengan rasa cinta, sayang dan bahagia. Untuk apa sebuah perkahwinan sekiranya, setiap hari berlaku pergaduhan. Masing-masing buat hal sendiri. Kau, kau. Aku, aku. Lama kelamaan Aliya jadi bosan dan mula mencari bahagianya sendiri. 

************************************************************************************

"Assalamualaikum.."

Hariz memberi salam tatkala membuka pintu rumah yang didiaminya bersama isteri tersayang, Irdina. Rumah itu terletak di Desa Cemerlang, baru dibelinya 2 minggu sebelum dia dan Irdina diijabkabulkan. 

"Waalaikumussalam."

Irdina mencapai tangan suaminya dan mengucup. Hariz mengusap lembut pipi isterinya. 

"Abang rindu sangat dengan sayang. Kat tempat kerja, terbayang-bayang sayang. Tak sabar nak balik rumah nak peluk sayang."

"Yela tu..sejak bila jadi sweet talker ni..siapa yang ajar abang?"

Irdina membiarkan sahaja Hariz memeluk erat tubuhnya. 

"Wanginya sayang. Dah mandi ek. Abang nak naik mandi dulu lah. Sayang masak apa hari ni? Abang lapar sangat ni.."

"Ikan masak kicap, sayur campur, ayam goreng.."

"OK. Abang naik mandi dulu ya. Eh, tapi dah nak maghrib ni. Alang-alang kita solat maghrib dulu, then baru makan. Jom, teman abang mandi.." 

CINTA KAU & AKU (completed)Where stories live. Discover now