Akan ku curi hatimu sayang

140 4 0
                                    

"Boleh tahan juga ya balingan bola awak. Selalu practice ke?"

Sememangnya Hariz agak kagum dan sedikit malu kerana Irdina asyik mendapat strike dan spare sahaja sedangkan dia...sesekali spare dan banyak bersepah ke longkang.

"Tak selalu pun..tapi sukan ni antara favourite saya selain bola tampar dan futsal."

"Wah, rupanya bakal isteri saya ni sporty juga ya. Saya cuma tahu awak suka bola tampar dan futsal je. Tu pun si Paan tu yang cakap.."

"Selalu ke korang mengumpat saya?"

"Eh, mana ada mengumpat. Saya tanya sikit-sikit je. Itu pun awal-awal dulu lah. Sekarang ni nampak macam dia nak mengelak dari saya je. Tak tahulah kenapa.."

"Perasaan awak je kot." 

Ujar Irdina ringkas walaupun dia seakan dapat menduga apa yang bermain di fikiran Hariz.

"Paan tu...suka kat awak kan..." 

Hariz duduk di kerusi yang disediakan. Gilirannya yang sepatutnya membaling bola dibiarkan sahaja. Entahlah mengapa baru hari ini dia berpeluang meluahkan rasa tentang Paan dan Irdina.

"Dia tu budak lagi kan. Dia sekadar suka saya sebagai guru dia. Lagipun, mana awak tahu dia suka saya? Selama saya mengajar dia, dia tak pernah pun cakap suka saya. Jangan main serkap jarang je Hariz, jatuh fitnah pula nanti."

"Ermm..tak apelah, lupakan lah tentang hal tu. Saya nak baling bola ni, nak pastikan saya dapat kejar point awak."

Tiba-tiba Hariz mengubah topik perbualan. Dia tidak mahu merosakkan mood mereka yang tadinya baik sahaja. Bukan selalu boleh dating dengan Irdina. Jadi masa yang ada ni jangan dirosakkan dengan perkara yang tidak menyenangkan.

"Awak OK kan kita nak tengok filem ni?"

Irdina menunjukkan poster Langit Cinta yang dibintangi oleh Fazura dan Keith Foo sebagai teraju utama di dinding Superstar Cinema Ulu Tiram. Hariz terdiam seketika.

"Filem cinta? Filem melayu? Aduhai.." hati kecil Hariz mengecam.

"Awak dah janji akan ikut sahaja pilihan saya.." 

Irdina menjeling..

"Yelah, saya ikut je..."

Dalam keterpaksaan, Hariz mengiyakan sahaja permintaan Irdina.

"Tapi awak tak kisah kan kalau saya tertidur masa tonton cerita tu..."

"Kalau awak tidur, lain kali saya malas dah nak tengok wayang dengan awak. Walaupun cerita tu cerita yang awak suka.." ugut Irdina.

"Yelah, saya buka mata luas-luas kejab lagi. Lagipun heroinnya cantik kan.."

Irdina mencebik.

"Awak ingat saya 'kesah' ke?"

"Oh yelah. Mana awak pernah cemburu....."

"Cepatlah beli tiket, nanti nak beli air lagi, popcorn lagi..."

"Eh, gelapnya. Saya tak nampak jalan ni Hariz. Camana ni?" 

Irdina yang rabun berjalan perlahan-lahan di belakang Hariz semasa masuk ke dalam pawagam.

"Eh, awak kan dah pakai spek mata tak kan lah tak nampak lagi?"

"Saya serius ni, tolonglah jangan jalan laju sangat. Please.."

"OK, OK awak pegang hujung T-Shirt saya ni. Saya jalan slow je."

Sebaik sahaja tiba di tempat duduk mereka, Hariz terus duduk. Irdina turut sama duduk di sebelahnya. Tayangan belum bermula lagi. Lagi 5 minit sebelum pukul 4.45 petang.

CINTA KAU & AKU (completed)Where stories live. Discover now