"Dah 2 hari awak tak reply mesej saya. Saya risau keadaan awak."
Hariz memulakan bicaranya sebaik sahaja kedua-dua mereka melabuhkan duduk di kerusi batu di bawah pohon mangga besar. di tepi rumah Cikgu Zuraini.
"Saya tak ada 'benda' nak dibualkan. Lagipun saya masih ada housemate, plus..kenapa nak risau tentang saya ek?"
Irdina menjawab dengan selamba. Dia melarikan pandangannya dari memandang wajah putih bersih milik Hariz. Walaupun sebenarnya tipulah kalau kata tak rindu...
"Awak tak rindu saya?"
Tiba-tiba soalan itu terpacul dari bibir Hariz yang kemerahan menandakan dia tidak merokok.
"Susah saya nak jawab soalan tu. Dulu mungkin ya tapi dah 10 tahun Hariz. Saya dah terbiasa sendiri, rindu tu dah tak de kot."
Jawapan itu sekadar untuk melindungi debar di hati. Irdina tahu dia menipu tapi dia tidak mahu lagi terlihat terhegeh-hegeh menagih cinta lelaki itu.
"Untuk kesekian kalinya..saya ingin mohon maaf..ikhlas dari lubuk hati saya."
Tutur Hariz perlahan dan sayu. Irdina rasa tersentuh. Nalurinya yang sensitif mula berasa kasihan. Namun apabila teringatkan derita dan kecewanya dia dulu, Irdina buang rasa kasihan itu. Orang sebegini perlu di ajar. Jika dimaafkan pun, biarlah lama sikit. Baru Hariz faham erti kecewa!
"Dina.."
Irdina tidak membalas sapaan Hariz. Dia masih mengelamun.
"Dina..sudi tak awak jadi isteri saya?"
Bulat mata Irdina mendengar ayat itu. Dia sedang dilamar kah? Mimpikah ini?
"Awak dah gila ke ape? Saya ni manalah layak untuk awak. Saya ni siapa, awak tu siapa. Saya ni pungguk..."
"Saya ni bulan ke?"
Pintas Hariz laju. Tak sangka selama ini Irdina menggunakan perumpamaan itu untuk mentafsirkan hubungan mereka berdua. Tak mungkinlah dia bulan.
"Tak mungkin saya ni bulan sebab saya kan selalu ada dalam hati awak. Jangan tipu, berdosa. Bulan tu kedudukannya jauh dari pungguk, dan entah bulan tu pandang ke tak pada pungguk. Saya tak macam tu Dina. Awak sentiasa hidup dan dekat dalam hati saya ni."
"Zaman sekarang ni kita dengar boleh, percaya jangan.."
"Awak menyesal nanti hilang saya kali kedua."
Ugut Hariz sambil senyum mengada-ngada.
"Selama ni pun saya sendiri je. Awak tak ada pun di sisi saya.."
"Kalau takdir mempertemukan kita lebih awal, dah lama saya minta maaf dengan awak. Tapi nak buat camana, selepas 10 tahun baru Dia pertemukan kita semula. Mungkin ada hikmah lain yang kita tak nampak..."
"Tak kan tak ada perempuan lain yang lebih layak. Saya tak baik mana, tak cantik mana, tak pandai masak sangat..."
"Saya lebih kenal siapa awak. Saya tahu kelebihan dan kekurangan awak kat mana. Saya terima awak seadanya sebab saya pun bukan sempurna. Dan untuk pengetahuan awak, saya ni duda!"
"Hah?"
Tersandar Irdina di kerusi batu itu. Kenyataan Hariz sebentar tadi menyentak tangkai hatinya. Hariz pernah berkahwin??
"Bagi saya peluang untuk menjelaskan kepada awak.."
Pinta Hariz dengan wajah yang sedikit sayu. Hatinya tercalar melihat Irdina memandang ke arah lain. Hina sangatkah status duda yang disandangnya itu?
YOU ARE READING
CINTA KAU & AKU (completed)
RomanceKisah tentang cinta yang tertangguh namun bertemu semula selepas 10 tahun. Mungkinkah keadaan dan hati masing-masing masih memegang teguh antara satu sama lain? Jika anda suka bermain dengan emosi, anda patut cuba meneroka kisah ini... #KISAH INI TE...