Gudang terbiar

145 4 0
                                    

"Kita nak pergi mana ni Pak Lang?"

"Nasib baik kau balik bercuti Paan. Pak Lang nak ajak kau pergi satu tempat, tapi kau jangan cakap dengan mama kau dulu. Takut dia risau, naik tekanan darah dia nanti."

"Yelah tapi nak pergi mana? Kenapa tak bawa Mak Lang sama?"

Farhan berasa pelik, selalunya Mak Lang nya atau Cikgu Dina akan mengekor sahaja ke mana Pak Lang nya pergi. Adakah mereka bergaduh?

"Kita nak pergi cari Mak Lang lah ni."

"Eh, apa maksud Pak Lang? Kenapa dengan Mak Lang? Dia lari dari rumah ke?"

"Kau pegang telefon Pak Lang ni, tolong Pak Lang guna Waze ni."

Tangan kiri Hariz menghulurkan telefon bimbitnya kepada Farhan. Manakala sebelah lagi tangannya mengawal stereng kereta. 

"Pak Lang belum jawab soalan Paan lagi.."

Kedengaran Hariz mengeluh panjang. Farhan kehairanan. Pak Lang nya jarang mengelu sedemikian rupa. Selalunya setiap masalah yang dihadapinya akan cuba diselesaikan dengan baik tanpa keluhan. 

"Mak Lang kau.."

Hariz terhenti seketika. Sebenarnya dia sendiri pun masih terasa seperti bermimpi. Hariz merasakan apa yang dilalui sekarang umpama drama melayu pukul 7 malam. Cuma bezanya itu drama, ini realiti. 

"Mak Lang kau kena culik.."

"Apa? Pak Lang jangan main-main."

"Kau ada nampak Pak Lang macam tengah bergurau ke sekarang?"

"Tapi..siapa yang culik dia?"

Farhan mengerut dahi. Setahunya cikgunya itu baik orangnya. Cikgu Dina yang dia kenal tak suka bermusuh dengan sesiapa.

"Orang gila!"

"Orang gila mana pulak ni? Lepas tu macam mana Pak Lang tahu Mak Lang kena culik? Tak kan orang gila pandai call pula?"

"Ini orang yang gilakan Mak Lang kau tu. Dari zaman kampus dulu sampai sekarang, lelaki tu masih gila kat Mak Lang kau tu. Dia buat macam ni sebab tak puas hati kami kahwin lah."

"Yeke..jadi apa yang dia minta? Dia minta duit ke?"

"Dia tak minta duit, dia cuma suruh Pak Lang pergi ke sana."

"Eh, bahaya lah Pak Lang. Pak Lang dah call polis ke belum? Hal-hal macam ni tak boleh main-main tau. Kita call polis jelah, tak payahlah kita ambil tindakan sendiri."

"Nyawa Mak Lang kau dalam bahaya, orang tu boleh buat apa sahaja pada Mak Lang kau kalau Pak Lang tak ikut cakap dia. Kau nak ke sampai ada yang maut nanti?"

Farhan diam seketika. Memikirkan apa yang harus dilakukannya untuk membantu Pak Lang nya. Tidak lama kemudian, mereka sampai ke tempat yang dituju. Di hadapan mereka, tersergam sebuah bekas gudang yang terbiar dan dipenuhi dengan semak samun di sekitarnya. 

Hariz mematikan enjin kereta. Dia menjenguk memandang sekeliling. Dia rasa seram, namun bila memikirkan isterinya Dina di dalam gudang yang seram itu, dia beranikan diri untuk keluar dari kereta.

"Pak Lang!" 

Farhan memanggil dengan suara separuh berbisik. Hariz menghampiri Farhan yang masih belum keluar dari kereta.

"Paan, kau tunggu dalam kereta. Kalau dalam masa setengah jam, Pak Lang tak keluar juga, kau call polis okey? Ingat, kau jangan masuk, kau tunggu sini je."

Hariz dengan nad berbisik memberi arahan kepada Farhan. Farhan tercengang. Berani betul bapa saudaranya ini mahu menyelesaikan masalah tersebut seorang diri.

Sebaik sahaja bapa saudaranya hilang lesap ke dalam rumah itu, Farhan dengan segera menghantar mesej kepada mamanya dan juga menghantar lokasi. Kemudian, dengan berhati-hati dia melangkah masuk ke gudang itu. Dia nekad tidak akan membiarkan Pak Lang dan Mak Lang nya menghadapi masalah itu sendirian. Dia akan turut sama berjuang bersama mereka!

CINTA KAU & AKU (completed)Where stories live. Discover now