Kejamnya aku terhadap kamu

260 11 0
                                    

"Harus ke aku call dia? Mahukah dia bercakap dengan aku setelah aku sakiti hati dia 10 tahun yang lepas?"

Telefon bimbit di letak semula di atas meja. Hariz mundar-mundir. Sekejab dia duduk di kerusi, rasa tak selesa, dia baring di katil pula. Sumpah, dia benci perasaan begini. Selama hidupnya tak pernah seorang perempuan pun berani membuat hidupnya tidak tentu hala begini melainkan IRDINA ZAHRA!

Tapi apa salah Irdina? Irdina tidak ada dosa kepadanya tetapi Hariz yang berdosa terhadap Irdina. Dosa yang terpaksa dilakukannya demi masa depan. Masih segar dalam ingatan Hariz 10 tahun yang lalu, sebaik sahaja Hariz mengatakan dia telah bertunang semasa Irdina menghubunginya, terus talian terputus. Kejamnya dia pada Irdina! Tergamaknya dia menipu gadis itu hanya kerana tidak bersedia memberikan komitmen terhadap Irdina ketika itu.

Apabila melihat Irdina yang bersungguh-sungguh mengejar cintanya, Hariz menjadi takut. Harapan ibubapanya yang menggunung untuk melihat dia berjaya dalam pelajaran dan juga cinta Irdina yang semakin lama semakin menakutkannya membuatkan Hariz tidak dapat berfikir dengan rasional.

Selepas kejadian hari itu, Irdina tidak pernah lagi menghubunginya. Jika terserempak di kampus, gadis itu akan melencong ke jalan lain. Hariz tahu betapa hancurnya hati Irdina. Hariz tidak mampu menyatakan perkara yang sebenar kepada Irdina kerana tidak mahu lagi terus menyakiti hati gadis itu.

Pengorbanan Hariz memang berbaloi. Dia bukan sahaja memperolehi anugerah Dekan malahan juga ditawarkan kontrak menjadi pensyarah selama 5 tahun di universiti itu. Selepas 5 tahun barulah dia berhenti dan memohon untuk berkhidmat di UTM, Skudai. Orang yang cemerlang sepertinya pasti senang sahaja di terima di mana-mana universiti. Walaupun bapa kesayangan Hariz telah pergi mengadap Ilahi beberapa tahun yang lepas namun Hariz bersyukur kerana berjaya menunaikan janjinya kepada mereka.

Benarlah Allah itu Maha Adil. Benar, Dia telah memberikan kejayaan demi kejayaan kepada Hariz namun dari segi cinta, Hariz dikategorikan gagal. Setelah tamat belajar dan memperolehi pekerjaan yang baik sebagai pensyarah, Hariz mula mencari Irdina semula. Puas dicari namun tidak berjumpa. Puas dirisik namun hampa...


CINTA KAU & AKU (completed)Where stories live. Discover now