Jangan cuba goda aku

192 7 0
                                    

"Cikgu, mama saya jemput cikgu ke rumah. Dia kata nak ajak cikgu makan tengahari."

Sebaik sahaja selesai tusyen di rumah Irdina pagi tu, Farhan bersuara.

"Pukul berapa tu?"

Irdina agak terkejut juga. Selama ini, selama mengajar pelajar-pelajar, tidak pernah pula ibubapa mereka mengajak ke rumah mereka.

"Katanya lepas cikgu solat Zohor lah. Dalam pukul 2, boleh?"

"Insyaallah, nanti cikgu sampai. Awak hantar alamat rumah lengkap ya."

"OK cikgu, saya hantar sekarang."

"Cikgu, kami berdua kena balik dulu." 

Mimi dan Syafikah meminta diri sambil menyalami Irdina.

"Saya pun cikgu." 

Irfan pula meminta diri lalu mendapatkan motosikalnya.

"Eh, tunggu aku. Kau ni pun, karang aku kena tangkap basah dengan cikgu, kesian cikgu."

Gurauan Farhan menyebabkan bahunya menjadi sasaran cubitan Irdina.

"Suka awak usik cikgu ek."

"Sorry cikgu sayang. Saya pergi dulu. Nak salam, tak boleh. Assalamualaikum, bye. Jumpa nanti kat rumah saya ya."

"Apa awak cakap? Sayang? Cikgu report kat mama awak nanti, awak gatal!"

"Eh,eh jangan cikgu. Saya gurau je. Bye cikgu."

Farhan dan Irfan berlalu. Irdina tersenyum, gelagat Farhan selalu membuatkannya hatinya berbunga. Tapi itu bukanlah bermaksud dia menyimpan perasaan terhadap remaja lelaki yang hanya berusia 17 tahun itu. Tak mungkinlah!

Tentang Hariz pula..walaupun Irdina terkejut mengetahui Hariz itu bapa saudara Farhan namun Irdina seboleh-bolehnya tidak mahu membabitkan Farhan dalam urusannya dengan Hariz. Urusan orang dewasa, biar orang dewasa yang selesaikan.

Irdina melangkah kaki ke bilik tidur untuk mengambil tuala mandi. Dia mahu mandi dan solat Zohor sebelum ke rumah Farhan.

**********************************************************************************

Walaupun tidak pernah kenal rumah anak muridnya itu, namun sekali cari sahaja, Irdina berjaya menemui rumah teres 2 tingkat milik keluarga Farhan. Jaraknya pun tidak lah jauh sangat dari rumah Irdina.

Setelah parkir kereta di depan pagar, Irdina memberi salam. Farhan yang menjenguk di pintu rumah, berlari-lari anak membuka pintu pagar untuk cikgunya.

"Masuklah cikgu, mama saya ada kat dalam," ujarnya sambil senyum lebar. 

Gembira hatinya apabila cikgu kesayangannya sudi hadir ke rumahnya.

"Assalamualaikum, puan. Saya Dina, cikgu Farhan."

Irdina memperkenalkan diri sebaik sahaja bersalaman dengan seorang perempuan yang dia agak, berusia dalam lewat 40an.

"Oh, ini ke Cikgu Dina yang selalu Paan sebut-sebut tu? Cantik orangnya! Masuklah." 

Puji Cikgu Zuraini ikhlas. Lawa juga perempuan ini, sepadan dengan adik iparnya, Hariz.

"Tak adalah puan. Biasa-biasa je. Terima kasih puan kerana jemput saya."

"Tak payah panggil puan lah. Panggil Kak Zu cukup. Mari kita terus ke meja makan. Nanti sambil makan, kita boleh berbual-bual."

"Baiklah Kak Zu."

CINTA KAU & AKU (completed)Where stories live. Discover now